Selasa, November 15, 2016

Heh! Retorik sungguh tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi ni. Nampak sangat taktik dia mengeluarkan kenyataan media berhubung hukuman penjaranya semalam hanya sekadar satu langkah 'Wayang Politik Longkang' dia semata - mata.

Apa yang pasti, tindakan Si Rafizi tu mempergunakan nama isteri dan anaknya dalam kenyataan media itu jelas menunjukkan yang dia sekadar mahu menagih sokongan simpati dari kalangan pengikut puak Pakatan Haprak tu sahaja.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Rafizi tu merayu kepada pengikut Pakatan Haprak tu agar dapat memberi ruang kepada dia untuk menghabiskan masa bersama - sama dengan anak dan isteri sebelum dia panjat semula pentas ceramah.

Bahkan tindakan yang dilakukan oleh pengamal media Pro Pakatan yang giat menyebar - luaskan kenyataan media yang dibuat oleh Si Rafizi tu semalam juga dilihat secara tidak lansung sebagai satu langkah untuk meraih simpati dari kalangan rakyat.

Jadi jangan pelik sekiranya selepas ini ada pihak yang akan mendakwa kononnya hukuman yang dijatuhkan kepada Si Rafizi tu merupakan salah taktik Politik untuk menutup mulut dari terus bersuara berhubung isu yang berkaitan dengan Kerajaan.

Dan jangan heran jika selepas ini ada yang akan membuat dakwaan kononnya Si Rafizi tu telah dizalimi, dianiayai serta dijadikan Mangsa Politik hanya semata - mata mereka termakan dengan dakyah pembohongan yang dijajanya sebelum ini.

Apa yang jelas, dikalangan puak Pakatan Haprak tu pasti ada yang membangkitkan tuduhan serta memberikan gambaran seolah - olah Si Rafizi tu kelak akan menjadi 'Tahanan Politik' dek kerana hukuman yang dikenakan terhadap dirinya.

Perkara itu bukan satu perkara yang baru bagi dunia Politik di Malaysia.Jika mereka yang dikalangan puak Pakatan Haprak tu kalau dijatuhkan hukuman melalui sistem undang - undang, pasti akan ada yang membuat dakwaan sedemikian.

Walhal hukuman yang dijatuhkan terhadap pemimpin Pakatan Haprak tu bukannya dilakukan oleh orang lain. Sebaliknya mereka sendiri juga yang menjadi penyebab utama kepada tindakan yang dikenakan terhadap diri mereka sendiri.

Hakikatnya, takde sapa pun yang suruh Si Rafizi ni "MENCURI" dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi tu. Apatah lagi, takde sapa pun yang suruh atau paksa dia mendedahkannya kepada umum. Semua tu dia buat sendiri.

Dan dari kenyataan yang dia keluarkan semalam, nampak sangat yang Si Rafizi tu tau kesudahan yang akan menimpa dirinya. Jadi, kenapa pulak ada dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang suka meroyan membuat tuduhan yang bukan - bukan?

Pokok pangkalnya, Si Rafizi tu sendiri kena memikul tanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya. Seperti mana dia sedar yang tindakan dia itu merupakan ketetuan dari Allah S.W.T, maka dia juga perlu menerimanya sebagai satu Khifarah. Itu bahananya bila suka sangat buat perangai Haramjadah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ratu fitnah....nombor satu. NurĂșl ijjah pun jatuh ke tangga kedua dalam merebut takhta RATU FITNAH.
    Ratu Fitnah....gerfriend kpd Raja Liwat.

    BalasPadam
  2. Bila lagi nak masuk tu... tak sabar nak gantung pisang ....

    BalasPadam
  3. Ada bini rupanya di pondan ni..padan muka...elokle masuk penjara boleh jumpa boyfriend...Allah laknati si pondan ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping