Selasa, November 15, 2016

"Go To Hell!!!" Lebih kurang begitu la kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mamat Muka Botoks ni kepada Nik Abduh bila Ketua Dewan Pemuda PAS tu mencuit pemimpin kesayangannya dengan memberi nasihat supaya suruh bertaubat semalam.

Seperti mana yang kita duga, kata - kata nasihat yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan tu pasti akan membuat pengikut Tun Mahathir sentap hanya kerana membuat desakan supaya Bekas Perdana Menteri tu kembali ke sejadah.
“Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan nak pilih ke jalan syurga firdausi!” dakwanya melalui satu kenyataan yang tersebar didalam laman medi sosial hari ini.
Ingatkan PAS je yang suka mendoakan perkara buruk kepada orang lain. Tapi rupanya, ada juga pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang sanggup buat benda yang sama? Memang patut sangat la UMNO pecat Si Mamat Muka Botoks ni.

Walhal Si Nik Abduh tu hanya sekadar bagi nasihat dan memberikan peringatan je. Tapi dek kerana Si Mamat Muka Botoks tu rasa pemimpin Pakatan tu 'Suci' dan 'Maksum' sampai takde lansung orang boleh tegur, maka itu la reaksi yang boleh diberikan.

Memang tak disangka lansung pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak ni mudah sangat sentap dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh orang lain terhadap mereka. Sampai nak diberikan nasihat pun diorang marah macam orang hilang akal.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Mamat Muka Botoks tu membuat dakwaan kononnya Si Nik Abduh ni lebih banyak buat dosa hanya kerana dia dituduh bersekongkol dengan pihak yang dianggap banyak melakukan kemungkaran.
“Nik Abduh banyak melakukan dosa kerana bersubahat dengan kerajaan dalam pelbagai kemungkaran serta salah laku. Nik Abduh dan PAS bersekongkol dengan jenayah. Mahathir dan dan kami semua dalam Pakatan Harapan sedang melawan kemungkaran.
“Jadi saya nak tanya Nik Mohamad Abduh siapa yang lebih melakukan dosa? Beliau dengan PAS yang lebih berdosa dari kami semua yang menentang kemungkaran seperti yang dituntut oleh ajaran agama islam yang tulen.
“Apa Nik Abduh ingat dia lebih bertaqwa dari Mahathir? Siapa dia Nik Abduh nak nasihat Mahathir ke tikar sembahyang? Pada realitinya, Nik Abduh yang harus ke tikar sembahyang untuk anjurkan solat taubat nasuhah setiap hari,” katanya.
Tapi, itu yang IRONIKnya dengan perangai Si Mamat Muka Botoks ni. Nampak sangat kenyataan yang dikeluarkan tu tidak mencerminkan yang dia mempunyai sebarang perbezaan jika hendak dibandingkan dengan Si Nik Abduh tu sendiri.

Apa yang jelas, tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap Nik Abduh tu hanya membuktikan yang dia pun takde bezanya dengan Ketua Pemuda PAS Pusat tu. Masing - masing hanya pandai keluarkan kenyataan yang beremosi demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak mereka sendiri!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Agak-agak ALLAH akan pilih orang macam Nik Abduh ni ke
    untuk memenuhi SYURGA......................??????
    Nauzubillah..........dia ni mementingkan diri.
    Dia tak pernah diajar FARDU KIFAYAH.
    Dia cuma belajar FARDU AIN je
    Sebab tu, dalam hidup dia, takda perjuangan menentang
    kebatilan, penipuan, korapsi dan kezaliman.
    Yang ada cuma menadah tangan di sejadah, mohon ALLAH
    buat semua kerjanya dan mintak ALLAH masukkan dia ke
    SYURGA

    BalasPadam
    Balasan
    1. segala ape yg berlaku semua dah di atur Allah...

      Padam
  2. Mamat muka botok tu parasites...apa income dia...terpaksa jilat Mamak Kerala tu demi survival...dia ni dajal

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping