Isnin, November 14, 2016

Heh! Nampak gayanya, nasib malang Si Rafizi ni semakin bertimbun - timbun. Sekarang ni dia bukan sahaja ibarat 'Jatuh Ditimpa Tangga'. Tapi dalam masa yang sama, Si Rafizi tu dah bergolek - golek masuk ke dalam lobang taik pulak.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana 'Menabur Fitnah' terhadap Pengerusi NFCorp dan dikenakan hukuman untuk membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada syarikat tersebut.

Kali ini, Si Ahli Parlimen Pandan itu bakal dipenjara selama 18 bulan kerana telah didapati bersalah "Mencuri" dokumen yang terkandung dalam laporan PAC berhubung isu 1MDB tanpa sebarang kebenaran dan mendedahkannya kepada umum.

Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati penjelasan Si Rafizi dalam keterangannya gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana membocor rahsia rasmi secara salah. Bagaimanapun, pihak mahkamah membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

Dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Sesyen itu hari ini membuatkan kedudukan Si Rafizi tu selaku Ahli Parlimen bakal tergugat. Nak pulak dia masih lagi terpaksa membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada NFCorp.

Kalau ikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan, kelayak bagi seorang Ahli Parlimen itu hilang secara automatik apabila dia didapati bersalah oleh pihak mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun.

Bahkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen juga gugur jika Si Rafizi tu GAGAL untuk membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu itu bagi satu tempoh yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah dan sekaligus menyebabkan dia tak boleh bertanding.

Tapi kalau setakat nak bayar pampasan sebanyak RM 200 ribu tu bukan satu masalah yang besar buat Si Rafizi ni memandangkan puak Pakatan Haprak tu mudah dapat sumbangan Dana Kewangan dari pihak Yahudi. Jadi, tak heran la kalau dia mampu untuk membayar pampasan sebanyak itu bagi menyelamatkan jawatannya sendiri!!!
Categories: ,

9 ulasan:

  1. Mohon abam lapiji lepak² sama ketum la ye.. byk benda bole borak² kt dln tu nanti..

    BalasPadam
  2. Dengar nya Rafizi cakap dia tak takut masuk penjara. Selepas ini ramailah dari kalangan parti politik tertentu yang akan menyalahkan mahkamah kerana keputusan tidak menyebelahi mereka..... biasa la tu...kan...kan.
    Sikap politik hipokrit.

    BalasPadam
  3. Dah jadi darah daging tabiat menipu dan memfitnah...

    BalasPadam
  4. Azmin lah orang yang suka bila budak piji ni masok penjara. Dalam hatinya berteriak," padan muka kau pizi).
    Inilah yang dikatakan RPK budak yang nak buat kerja orang dewasa. Orang lain dalam PKR atau DAP dah tau,perbuatan Piji itu menempah bala. Jadi mereka serahkan kpd. Piji untok buat kerja bodoh itu,dengan menobatkan piji sebagai wira yang handal..maka gelembonglah piji,umpama belon di pam.
    Sedar tak sedar belon itu meletup dan terkena muka nya..
    Memang padang pun dengan muka..kaki fitnah,kaki bohong dan kaki kelentong.

    BalasPadam
  5. Berani buat berani tanggung.

    BalasPadam
  6. WALAUPON PIZI MASOK SUNGAI BULOH POLITIK MESIA TETAP TAK AKAN SUNYI KERANA DAH ADA BINTANG BARU IA ITU TUN MEDEY

    BalasPadam
  7. Salahuddin Ayub - Kepada sahabatku Rafizi Ramli
    Kepada sahabatku Rafizi Ramli

    Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam.

    Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.

    Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.

    Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.

    Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.

    Salahuddin Hj Ayub

    BalasPadam
  8. Salahuddin setakat nak simpati boleh blah!!!

    BalasPadam
  9. Dia ini memang celupar mulutnya. Bakal menjahanamkan kerajaan pakatan harapan nanti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping