Isnin, November 14, 2016

Beberapa pemimpin parti pembangkang menggunakan peluang berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan baru - baru ini telah menggunakan kesempatan untuk mengutuk PAS yang mereka lihat enggan bekerjasama dengan mereka.

Walaupun pemimpin pakatan PKR, DAP dan PAN serta PPBM itu tidak menyebut secara langsung nama parti tersebut tetapi ianya jelas merujuk kepada PAS berdasarkan kepada isi kandungan ucapan mereka.

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh mengkritik parti yang enggan bersama parti pembangkang yang lain untuk mengundi bagi membantah Bajet 2017 pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Parti yang tidak mahu bersama (dalam mengundi untuk) membantah bajet, parti yang itu kita perlu abaikan," katanya.
Isnin lepas, Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota Parlimen.

Rang undang-undang itu yang diluluskan melalui undian belah bahagian menyaksikan sebanyak 117 anggota Parlimen menyokongnya berbanding 70 yang menolak manakala 11 lagi tidak mengundi, yang dipercayai di kalangan anggota Parlimen PAS.

Wakil Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Asim Abdullah Ainullotfi, pula menyifatkan kelemahan gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP berpunca daripada beberapa pemimpin parti yang mempergunakan agama untuk kepentingan mereka.
"Saya kecewa apabila melihat Pakatan Rakyat hancur kerana wujudnya pemimpin yang tiada persefahaman. Pemimpin parti pembangkang ketika itu tidak mampu mengotakan janji, tidak mahu meneruskan agenda perjuangan dan memperjudikan agama untuk kepentingan peribadi," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dijemput berucap pada konvensyen itu pula melabelkan mana-mana pihak yang tidak menyertai dan menyokong Pakatan Harapan sebagai pemakan "dedak" yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di perkarangan Pusat Konvensyen IDCC di sini, tempat konvensyen itu diadakan, sebagai tanda tidak puas hati terhadap PAS dan tidak mahu lagi kerjasama dengan parti itu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Puak bangang yg buat politik tak menentu demi secubit kuasa yg belum tentu lebih baik drpd yg ada sekarang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping