Selasa, November 15, 2016

Ooo! Patut la bukan main lagi Si Mak Lampir ni meroyan taktentu arah membuat serangan secara terbuka dan cuba nak memperbesar - besarkan insiden yang berlaku baru - baru ni. Rupa - rupanya tindakan Si Mak Lampir tu ada udang disebalik batu.

Bagi mereka yang tinggal di Ampang, nama Si Zuraidah Kamaruddin bukanlah asing. Tidak sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi juga keserakahannya mengaut pelbagai projek termasuklah projek potong rumput, membuatkan dia cukup terkenal di kalangan penduduk Ampang.

Agak bernasib baik, Zuraidah Kamaruddin yang dikatakan berasal daripada seorang penjual buah di tepi jalan, masih terselamat daripada siasatan SPRM, walaupun cerita - cerita berkaitan dengan kerakusan dia kaut keuntungan tu begitu banyak.

Namun, apabila ada pihak membuat pendedahan tentang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, 28, yang memiliki hartanah dan beberapa buah kenderaan mewah, walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap, Si Zuraidah ni dilaporkan menggelabah dan meroyan.

Sudah tentulah dia mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya iaitu kejadian Ketua Gerakan Merah, Jamal Mohd Yunos yang tinggal di Ampang, tetapi menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar 'ditumbuk' di Ampang Point.

Zuraidah Kamaruddin 'mengarahkan' Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas Jamal kerana ancaman 'cincang' dan 'tumpah darah'. Malah Zuraidah menyifatkan Jamal sebagai binatang buas yang perlu dikurung.

Hakikatnya, siasatan bukan sahaja perlu dibuat ke atas Jamal Mohd Yunos, tetapi juga ke atas Zuraidah Kamaruddin terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Adam Rosly yang dikatakan merupakan salah seorang proksi utamanya.

Walaupun Zuraidah ketika cuba membersihkan nama Adam Rosly menyatakan, sumber kekayaan Adam Rosly adalah daripada keluarganya, tetapi persoalan yang ditimbulkan tentang Adam Rosly yang tinggal di PPRT sebelum itu, tidak dijawab oleh Zuraidah.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Mak Lampir tu cuba nak memperbesar - besarkan insiden yang berlaku di Ampang baru - baru ni hanya tatktik untuk mengubah pandangan rakyat dari memberikan tumpuan kepada isu yang ada kaitan dengan 'Anak Ikan' dia tu. Maka sebab tu la dia menggelupor biawak tak tentu arah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tunggu apa lagi SPRM..dah terang lagi bersuluh....siasat le...takut ke...kalau org umno cepat beno kamu ambik tindakan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping