Selasa, November 15, 2016

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kepada Pensihat PPBM, Tun Mahathir diatas ucapan yang dibuat sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu baru - baru ini yang menuduh PAS makan dedak Datuk Seri Najib.

Antara lain, Nik Abduh menasihatkan kepada Bekas Perdana Menteri itu agar tidak membuat tuduhan sesuka hatinya terhadap PAS tanpa melihat kelakuan yang telah ditonjolkan sewaktu memegang tampuk kuasa pada suatu ketika dahulu.

Malah, anak kepada Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz itu juga turut menasihatkan Tun Mahathir agar dia menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukannya selama hari ini sebelum membuat tuduhan terhadap PAS.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti. Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sajadah, pergi ke Makkah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada pemberita di Parlimen.
Dari satu sudut, kenyataan Nik Abduh itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa Tun Mahathir ini bukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai yang hanya sekadar bermain Politik Retorik dengan membuat tuduhan terhadap PAS.

Terdahulu, pemimpin kanan PAS membuat pendedahan terbuka dan mengakui bahawa parti itu lebih teruk dilanyak oleh Tun Mahathir sewaktu dia memimpin Negara sehingga menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1990.

Menurut kata Naib Presiden PAS Pusat, parti itu lebih teruk dizalimi oleh Tun Mahathir jika hendak dibandingkan dengan DAPigs sejak tahun 1985 dalam isu Memali dan menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1990.
“Kita lebih berhati-hati dengan Umno lebih daripada parti lain. DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan kezaliman Umno. PAS paling teruk dizalimi Umno. Parti-parti lain tak kena macam PAS. Jadi tuduhan PAS masuk (gabung) Umno tak masuk akal,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, PAS cuba memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir ni merupakan individu yang bertanggungjawab mengkhianati PAS dan sekali gus membuktikan bahawa segala tindakan yang telah dilakukan pada hari ini jelas bertentangan dengan prinsip yang pernah didoktrinkan selama hari ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum,pertama sekali Alhamdullilah dan tahniah pada Nik Abduh keluarkan kenyataan yang bernas supaya bekas pm tahu dimana kedudukan dia sekarang,agar dia sedar BEKAS pm,cukuplah 22 tahun menzalimi FIKIRAN rakyat dengan CARA PEMERINTAHANNYA. Alhamdullilah cara PM Datuk Seri Najib lebih kepada dasar kebajikan dan kemuafakatan umat Islam tak kira lah Pas Atau Umno.Semuga tidak ada lagi perbalahan antara umno dan pas dan berhati2 bekas2 pemimpin terdahulu terutama nya Mahathir akan cuba sedaya upaya mengeluarkan KENYATAAN pembohongan demi pembohongan supaya rakyat membenci PM SEKARANG.Bolih terima akalkah seseorang yang telah berzaman menghentap dapigs yang tolak Islam TERANG DAN NYATA bolih diguna pakai semata2 untuk menjatuhkan PM.Bolih terima akalkah memenjarakan seorang bapa dan suami kepada satu keluarga duduk semeja untuk menjatuhkan kan PM.Apakah motifnya,wawasan 2020 hendak anaknya menjadi PM TAK KECAPAIAN.Kekayaan kroninya tergugat cemburu perwatakan PM sekarang lebih berhemah membantu rakyat .AMIN

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping