Inilah bukti betapa Retoriknya sikap yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak ni. Ternyata, diorang hanya melihat diri orang lain sebelum mengkaji diri mereka sendiri sehingga mereka terlupa nak kaji kelemahan yang ada pada diri mereka.
Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni memperlihatkan sikap skeptikal dia terhadap PAS. Tindakan yang dilakukan semalam jelas membuktikan yang Si Nurul Izzah ni cuba nak menambah-burukkan lagi imej parti tersebut.
Jika semalam, sewaktu dalam ucapannya, Si Nurul Izzah ni mengeluarkan satu kenyataan yang mendesak agar Pakatan Haprak tu menolak 'Pemimpin yang namanya Pak Haji tetapi Korupsi' yang didakwa merujuk kepada kepimpinan PAS.
Kemungkinan besar, perumpamaan yang dipetik dari kata - kata Pendita Za'ba itu dibuat berdasarkan kepada dakwaan yang pernah dibangkitkan melalui laman portal 'Sarawak Report' yang menjadi Mazhab baru Pakatan Haprak tu sebelum ini.
Melalui laporan yang disiarkan laman portal tersebut, pengasasnya membuat dakwaan terbuka terhadap PAS yang didakwa telah menerima 'suapan' sebanyak RM 90 juta hanya kerana parti itu dilihat 'Mesra' dengan pemimpin Barisan Nasional.
Dan dalam kenyataan media hari ini, Si Nurul Izzah tu sekali lagi dilihat mengambil pendekatan menambah - burukkan lagi imej PAS dengan memberikan gambaran bahawa rakyat sedang menilai ketidak-hadiran parti tersebut sewaktu Konvensyen Pakatan.
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu tidak merujuk kepada dirinya sendiri. Seperti mana artikel yang ditulis oleh sahabat blogger The Devoured Savior menyatakan yang Si Nurul Izzah tu terlupa, ahli PAS juga sedang menilai dirinya.
Antara lain, sahabat blogger itu mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah itu membuktikan bahawa dia bukan sahaja seorang yang lupa ingatan, bahkan tindakan itu juga dianggap sama seperti 'Melepaskan Anjing yang Tersepit'.
"PAS menerusi Presidennya, Allahyarham Fadhil Nor merupakan pihak terawal yang membantu Anwar Ibrahim semasa dipecat oleh Dr. Mahathir. PAS jugalah yang mengumpulkan seramai mungkin pengikut dan ahli untuk berdemonstrasi membela Anwar Ibrahim yang kemudian diklaim oleh PKR sebagai ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.
"Tetapi apa balasan PKR kepada PAS?
"PAS diracun dan digigit. PAS dipecahbelahkan dan adu domba di kalangan pimpinan PAS berleluasa. PAS cuba disekularkan, bahkan ADUN dan Ahli Parlimen PAS dicuri oleh PKR semata-mata untuk menunjukkan PKR kuat," jelas blogger tersebut.
Pokok pangkalnya, Si Nurul Izzah tu tak nak tunjuk sangat yang dia seperti seorang pemimpin yang 'Suci' dan 'Maksum' dari melakukan sebarang dosa. Si Nurul Izzah tu perlu ingat, rakyat juga sedang menilai dirinya yang sebelum ini menang Pilihan Raya pun dengan cara menabur fitnah. Bukannya atas kredibiliti dirinya sendiri!!!
Inilah perangai keji ahli keluarga Anwar..mencela dan menfitnah org2 yg membela maruah mereka dulu!
BalasPadamKaki fitnah juga wajib dihumbamkan.bukankah fitnah itu ciri2 munafikum? Telah terbukti budak ini kaki fitnah..adakah dia mewarisi DNA bapa nya? Atau ada lagi citarasa lain lain dia warisi?
BalasPadam