Ahad, November 13, 2016

Heh! Nampak gayanya beria - ia benar Tun M menjaga hubungan kerjasama Politik dengan DAPigs sejak kebelakangan ini demi untuk memenuhi kepentingan peribadinya sendiri sehingga sanggup melempar tuduhan terhadap PAS.

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Bekas Perdana Menteri itu seolah - olah memberikan gambaran yang parti dibawah penguasaannya memang sudah berpatah arang dengan PAS sehingga dakwaan sedemikian dilemparkan.

Dalam satu kenyataan yang dibuat sewaktu menyampaikan ucapan sempena Konvensyen kali pertama Pakatan Haprak itu semalam, Tun M mendakwa PAS berkemungkinan besar sudah berubah menjadi 'Pemakan Dedak' Barisan Nasional.

Dengan memberikan gambaran terhadap keengganan PAS menyertai kembali Pakatan Haprak tu dan menjadikan DAPigs sebagai alasan, Tun M seolah - olah menuduh PAS hanya bermain wayang mahu menjaga kepentingan orang Melayu.
“Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu. Sebenarnya mereka sokong Najib. Mungkin mereka terima dedak. Anda tak boleh kata tak mahu sertai Pakatan kerana DAP salah satu parti komponennya. Itu bukan alasan sebenar,” katanya.
IRONIKnya, perkara itu tidak sama seperti apa yang pernah ditulis oleh Bekas Perdana Menteri itu didalam buku terkenalnya sebelum dia bertindak menjadi pembangkang dan menentang parti yang pernah menaikkan namanya selama ini.

Jika dulu, Tun M telah dilabelkan oleh DAPigs sebagai 'Ultra Melayu' hanya semata - mata kerana persona Bekas Perdana Menteri itu yang dilihat tegar menentang dasar perjuangan DAPigs yang tak pernah berubah sehingga ke hari ini.

Buku 'Malay Dilema' yang pernah mencetuskan kontorversi dunia Politik Malaysia sebelum ini cukup sarat dengan pelbagai gambaran yang dicetuskan oleh Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini yang turut menuduh DAPigs sebagai Ultra Kiasu.

Bahkan Tun M juga pernah didakwa oleh puak DAPigs sebagai punca utama kepada perpisahan Singapura dari gagasan Malaysia hanya kerana ketegasan dia menentang idealisme yang dibawa oleh pemimpin PAP Singapura pada ketika itu.

Dan diatas segala dosa yang pernah dilakukan oleh Tun M itu yang membuatkan majoriti ahli DAPigs hari ini masih kurang yakin dengan keikhlasannya menyertai Pakatan Haprak tu dan menganggap dia hanya mempunyai cita - cita Peribadi.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Tun M itu bukan sahaja bertentangan dengan prinsip yang selama ini telah didoktrinkannya dikalangan orang Melayu sehingga mencetuskan fenomena. Bahkan dia juga sanggup membuat tuduhan terhadap PAS tanpa merujuk kepada sebarang bukti bagi memenuhi kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. Madey yg cuba makan dedak Dap. Dulu bukan main marah Dap dgn macam2 kenyataan supaya org Melayu menjauhi Dap. Skrg jilat balik plk.

    BalasPadam
  2. Tua kutuk tak sadar diri, takde prinsip tak abis2 meroyan. Kikiki. Lupa taik2 dia 22 tahun dulu

    BalasPadam
  3. BILA NYANYOK MENGUASAI DIRI.

    BalasPadam
  4. Sama juga dgn pas masa dalam pakatan rakyat dulu, masa tu Dap semua cantik dimata mereka, siap boleh bawa bendera Dap lg masa kempen pilihanraya. Waktu emas parti pas akan berkubur bersama pemimpin yg hipokrit. Rakyat malaysia sudah jemu dgn kepimpinan pas.

    BalasPadam
  5. Parti pas hipokrit, rakyat malaysia harapkan perubahan kerana tertekan dgn kerajaan yg memerintah sekarang. Kemana hilangnya prisip pas semasa dibawah pentakbiran Tuan guru dulu.

    BalasPadam
  6. Tahniah Dr M telah duduk sama wan azizah & lim kit siang. Nanti bole dikenang sebagai negarawan yg ulong & mulia. So, you can leave happy and well respected and also goes to your family. Ambil iktibar juga doa arwah Ustaz Fadil, but as usual you do it your own way, let people forgive you. Kesian... Najib jadi kambing hitam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping