Ramai yang agak terkejut dan tak kurang jugak yang melahirkan rasa hairan apabila membaca kenyataan Hadi Awang yang didakwa bersedia untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama Politik dengan puak Pakatan Haprak tu baru - baru ini.
Malah ada juga dikalangan penyokong PAS yang melahirkan rasa kecewa dengan pendirian Presiden parti itu yang rata - rata melihat tidak tetap dan sering berubah - ubah sehingga membuatkan mereka menjadi semakin bertambah keliru.
Kata mereka, adakah Presiden PAS itu mahu pengikut - pengikutnya kembali menjadi barua kepada DAPigs dan menyapu semula ludah serta kahak yang telah dilemparkan oleh parti Ultra Chauvanist itu terhadap PAS selama hari ini?
Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan hampir setiap masa, PAS sering kali dijadikan sebagai 'Musuh Utama' oleh parti DAPigs yang dihujani dengan pelbagai tohmahan serta tuduhan liar selama mereka menendang parti itu keluar dari Pakatan.
Bahkan, DAPigs juga turut didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kepimpinan PAS berpecah sehingga menjadi punca kewujudan PAN hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pendirian Hadi Awang sebelum ini.
Walaubagaimana pun, penubuhan PAN yang sebelum ini didakwa sebagai pengganti PAS dalam Pakatan jelas tidak memberi sebarang signifikan kepada gabungan parti pembangkang itu apabila mereka GAGAL mengumpul pengikut sama seperti PAS.
Namun, bukan PAN dan DAPigs sahaja yang menjadikan PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka. Sebaliknya, PKR dalam diam juga turut memusuhi PAS dan pernah dilabelkan sebagai sebuah parti Pengkhianat sewaktu mereka dalam Pakatan.
Tetapi dek kerana PKR mahu mengekalkan kewujudan serta menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri menyebabkan parti itu terpaksa bermain wayang dengan menunjukkan sifat 'Talam Dua Muka' mereka secara terang - terangan.
Persoalannya, apa motivasi yang membuatkan Presiden PAS itu dilihat mula berubah pendirian dan menyatakan kesediaan parti itu untuk bergabung semula dengan Pakatan Haprak tu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Adakah Si Hadi Awang terlalu kemaruk dengan isu cadangan PAS yang mahu Akta Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) diluluskan melalui Parlimen sehingga menyebabkan terpaksa dia bertindak sedemikian rupa?
Khabar angin juga mula berkitaran dikalangan pengikut PAS yang mendakwa kononnya Presiden PAS itu muak dipermainkan oleh UMNO berhubung isu perlaksanaan RUU 355 tersebut sehingga membuatkan dia mula hilang sabar.
Soalnya, adakah itu alasan utama Hadi Awang untuk menjustifikasikan pendiriannya sehingga menyebabkan PAS kini dilabel sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah? Adakah kini PAS sudah sanggup untuk menjilat semula ludah yang telah diluahkan oleh pemimpin - pemimpinnya terhadap Pakatan Haprak tu???
Kesan pru yg lalu, Pakatan hanya munyumbang kerugian kepada PAS, orang Melayu dan umat Islam...ia umpama menang jadi abu, kalah jadi arang. Jika PAS kembali berpakat, kemungkinannya begitulah keadaannya atau bertambah buruk lagi kerana Pakatan/PPBM ini lebih kepada pluralisma, sekulirisma dan kronisma. Hadi tidak sepatutnya u turn lagi.
BalasPadamhmmm...dah agak dah....mesti U turn punya...
BalasPadamDia belajar dgn Madey India Tua tu..dah ludah jilat balik. Ludah jilat balik. Ahli politik memang macham tu. Tak heran lah.
BalasPadam