Jumaat, November 25, 2016

Hahaha!!! Dalam banyak - banyak benda yang nak dibahaskan sewaktu pembentangan Bajet Negeri Pahang 2017 kali ini, sekali lagi ADUN PKR ni tampil membuat 'Lawak Antarabangsa' secara terbuka.

Ketika diberi peluang untuk membahaskan usul pembentangan Bajet Negeri Pahang 2017 yang berakhir hari ini, ADUN PKR ni bangkit memberikan cadangan supaya maskot Negeri Pahang ditukar.

Jika selama hari ini, Pahang sentiasa terkenal dengan maskot Gajah dan juga turut dikenali dengan nama jolokan 'Tok Gajah' sempena nama seorang pahlawan Melayu yang termahsyur diseluruh Negara.

Malah hubung kait maskot Gajah dengan Pahang memang sudah diketahui secara umum. Tapi malangnya bagi ADUN PKR ni, dia tak belajar sejarah mengenai Negeri Pahang secara menyeluruh.

Mungkin sebab itu dia tampil dan memberikan cadangan supaya Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang menukar maskot Gajah itu kepada Tapir. Ya! ADUN PKR tu suruh Kerajaan tukar maskot Pahang kepada Tapir!!!

Alasan yang diberikan oleh ADUN PKR itu, Tapir mempunyai warna yang sama dengan bendera Pahang. Maka maskot Tapir itu sesuai dijadikan sebagai maskot rasmi, terutama menjelang Tahun Melawat Pahang 2017 nanti.

Nampak sangat la yang ADUN PKR ni suka sangat buat benda yang tak masuk akal. Suka sangat dia membodohkan diri dia didalam sidang DUN dengan cadangan yang boleh dianggap terlampau kebudak - budakkan.

Tak heran la kenapa cadangan yang diberikan oleh ADUN PKR tu tidak dijawab oleh orang lain kerana menganggap ianya terlalu BODOH. Bak kata orang Pahang, "Orang Pandir ni jangan dilayan pandir dia".

Kalau sebelum ini, ADUN PKR tu juga pernah bangkit bercerita pasal 'Sekolah Lalu Lintas' untuk haiwan kerana dia hampir melanggar seorang Babi sedang melintas di Rompin tahun lepas.

Dan ADUN PKR yang sama juga turut mendesak agar pihak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan yang sewajarnya apabila alat 'Smart Tag' dia rosak dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Maka secara kesimpulannya, nampak sangat yang PKR ni dah ketandusan pemimpin sehingga terpaksa menjadikan ADUN seperti itu sebagai wakil rakyat mereka. Nak kata BODOH kang, ada pulak yang terasa. Tapi, memang nampak sangat ADUN PKR tu 'Kurang Cerdik'nya!!! Bongoknya melantun - lantun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping