Khamis, November 03, 2016

Heh! Nampak gayanya memang betul la Si Rafizi ni hanya mampu meneruskan kehidupannya dengan menabur fitnah. Kalau dalam sehari hidup dia tidak menaburkan fitnah, mungkin ianya boleh mendatangkan mudarat dan membawa maut.

Sudah beberapa kali Si Rafizi tu KANTOI menabur fitnah? Setiap dakwaan yang dibuat sudah pun dijawab dan dijelaskan sama ada melalui sistem Undang - Undang mahupun secara literal. Tapi kenapa dia masih tak serik - serik lagi?

Jika sebelum ini, pihak mahkamah mendapati yang Si Rafizi ni bersalah kerana menabur fitnah terhadap syarikat NFCOrp serta telah diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu diatas kesalahan yang dilakukannya.

Namun kali ini, Si Rafizi ni sekali lagi tampil membuat tuduhan mengenai Lembaga Tabung Haji yang didakwa tidak mampu membayar semula duit pendeposit sekiranya pemilik akaun tersebut mahu mengeluarkan duit simpanan mereka.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, pihak Tabung Haji sekali lagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Si Rafizi dengan menyatakan bahawa institusi lembaga kewangan Islam itu masih lagi memiliki aset yang mencukupi untuk membuat bayaran.
"TH masih mempunyai lebihan sebanyak RM1.44 bilion jikalau kami mengembalikan semua dana pendeposit. Ini (analisis) tidak betul, jangan politikkan Tabung Haji," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangan TH di sini, hari ini.
Dalam dakwaan Si Rafizi, kerugian Lembaga Tabung Haji pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 itu menyebabkan dana terkumpul semasa ialah RM56.24 bilion berbanding jumlah deposit terkumpul sebanyak RM59.33 bilion.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, wakil dari Lembaga Tabung Haji itu berkata, dana pendeposit Tabung Haji juga masih selamat kerana ianya dijamin oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji 1995.
"Setiap simpanan pendeposit TH adalah mengikut konsep Al Wadiah Yad Dhamanah, iaitu simpanan dijamin kerajaan. TH tidak bersandarkan simpanan bersih pendeposit untuk membayar bonus, sebaliknya daripada keuntungan. 
"Jangan politikkan TH kerana kami sentiasa bekerja keras untuk kesejahteraan jemaah dan pendeposit. Dakwaan tidak tepat terhadap TH akan menyebabkan orang awam keliru dan mengeluarkan deposit, menyebabkan mereka kehilangan giliran menunaikan haji seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.
Kesimpulan mudahnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu ternyata tidak berasas sama sekali. Dan jika dia betul - betul yakin dengan tuduhan yang dibuat, apa kata Si Rafizi tu sahut cabaran ini, "Suruh Si Rafizi Tu Keluarkan Semua Duit Simpanan Dia. Jangan Setakat Tau Menyalak Dalam Media Je". Setakat bercakap je, baik tak payah!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Patutnya si Piji ni ini ate satu Tabong Haji Pakatan pula untok timbang Tabong Haji Pusat. Lepas kita tengok management dia. Ok ka tak Ok.

    BalasPadam
  2. Hang biaq betoi Semut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Fitnah menfitnah ni memang ruji Pi Kay Arr. Khalid Ibrahim depa fitnah, PM depa fitnah, Ustaz hadi depa fitnah, sama sendiri depa pun fitnah

    Kira bagi depa, fitnah ni ibarat nasi. Tak dapat fitnah bolehh mampos kebuluran.

    Cuma PKR ada class la. Bukan macam PAN, Khadam Cauvanis Ahok Penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETAKAT NI PIJI HANYA BELUM PITNAH DIRI SENDIRI JER.

      Padam
  3. Buat apa tanya Rafizi, elok tanya Raja Pakar Kelentong (RPK).
    Dia selalau buat cerita seks bila ada menteri tanya pasal
    1MDB. Siap ada Akuan Bersumpah kelentong.

    BalasPadam
  4. Pala but la lapiji.. lu punya sembang gajah pon bole terbang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping