Rabu, Disember 07, 2016

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 34 hari bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara Mac hingga Julai tahun depan, dengan kira-kira 60 saksi akan dipanggil memberikan keterangan.

Hakim Hadhariah Syed Ismail juga mengingatkan pihak pendakwaan berhubung isu 13,000 dokumen yang masih belum selesai.
“Jika anda hendak perkara ini diselesaikan segera, kami tidak mahu dengar mengenai masalah dokumen anda. Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.
“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.
Pada 30 September, Hadhariah membenarkan pihak pendakwaan mengambil masa untuk mengindeks 13,000 dokumen yang diserahkan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohamed Daud terdahulu memberitahu mahkamah terdapat masalah dengan dokumen berkenaan.
“Kami sudah mengindeks dokumen itu, tetapi masih ada 3 dokumen dipertikaikan dan perlu diselesaikan,” katanya.
Pada masa sama, hakim memberitahu peguam bela mereka perlu bersedia dengan penyata pembelaan pada 6 Januari. Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 27-31 Mac, 10-14 April, 24-28 April, 15-19 Mei, 29 Mei-2 Jun, 13-16 Jun, 17-21 Julai.
“Tidak ada perubahan kepada tarikh ini kerana kita ada 60 saksi. Sila tanda tarikh itu,” katanya.
Di luar mahkamah, ketua pasukan peguam bela Gobind Singh Deo berkata masalah dengan dokumen pendakwaan sama seperti sebelum ini, meskipun ia sudah diindeks seperti diminta.
“Ia mungkin masalah berkaitan fotokopi, banyak salinan dan terlalu tebal,” katanya.
Pada 30 Jun, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tergulinglah puak Pan bersedih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping