Selasa, Disember 27, 2016

Adalah menjadi satu perkara yang sangat menghairankan apabila masih ada lagi pihak yang mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu sebagai satu bentuk 'Rasuah'. Ingatkan, dah takde dah yang nak jatuhkan hukum sedemikian.

Kalau sebelum ini, ramai Pak Lebai - Pak Lebai PAS yang membuat dakwaan sedemikian. Malah ada juga dikalangan pemimpin PKR turut serta membuat tuduhan yang memberikan gambaran seolah - olah ambik duit BR1M tu HARAM hukumnya.

Tapi tak sangka pulak ada juga dikalangan pemimpin Veteran yang dah berpuluh tahun menjadi pemerintah cuba nak menjatuhkan hukum dengan menyatakan bahawa duit Bantuan Rakyat 1Malaysia tu HARAM kerana ianya adalah 'Rasuah'.

Jika dilihat dari satu sudut, tuduhan yang dibuat oleh bekas pemimpin itu bukan sahaja cuba memberikan gambaran bahawa rakyat di Malaysia ni semuanya BODOH. Tetapi, ianya seolah - olah membayangkan rakyat Malaysia ni semuanya 'Buta Agama'.

Mana tidaknya. Hampir majoriti dari penerima BR1M yang sebelum ini dilaporkan berjumlah hampir 7 juta orang tu adalah dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam. Sekiranya BR1M tu rasuah, maka ianya HARAM untuk diambil.

Dalam erti kata lainnya, pemimpin yang membuat dakwaan dengan menyatakan bahawa duit BR1M itu satu bentuk rasuah merujuk kepada 'Kejahilan' rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana terlibat dengan rasuah secara terang - terangan.

Tapi, bagaimana pula dengan pihak yang 'Membantu' memberikan rasuah tu? Bagaimana pulak Hukumnya untuk orang yang membantu penerima BR1M tu? Adakah mereka juga perlu dilabelkan sebagai bersubahat dalam memberi rasuah BR1M ni?

Sebelum ini, kita dah dedahkan bahawa puak Pakatan Haprak tu juga ada membuka kaunter perkhidmatan untuk membantu penerima BR1M ni mengemaskinikan data mereka secara atas talian. Maknanya, adakah mereka juga bersubahat?


ATAU mungkin, bagi pemimpin yang dah hampir satu abad tu anggap, tindakan sekutu dia dalam pembangkang buat, maka benda tu boleh dikira HALAL. Cuma yang diberikan oleh Kerajaan itu sahaja yang dijatuhkan hukum HARAM. Begitu?

Apa yang jelas, hukum yang ditentukan oleh manusia ni bukannya boleh pakai sangat. Nak pulak bagi seorang manusia yang hanya sibuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Jadi, bab Halal Haram ni, bukannya dia peduli. Asalkan boleh ke dia, maka semuanya HALAL. Tapi kalau menentang dia, maka ianya HARAM belaka!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Yang sudah jelas-jelas haram tak pulak diperkatakan iaitu MO1 yang mentekedarah wang Negara dan Rakyat........!!

    BalasPadam
  2. pemimpin ni lupa nk sebut...kalau dia orang lagi haramjadah...

    BalasPadam
  3. Jika orang itu tak mentekedarah wang rakyat dan negara aku takut nanti hang akan mutah darah. Jangan sedap mulut menfitnah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping