Ahad, Disember 18, 2016

Minggu ini terdapat 2 idea menarik. Idea pertama ialah lontaran daripada Pemuda PKR agar PAN diserapkan ke dalam PKR. Idea kedua ialah pendedahan awal DAPigs yang mahu Wan Azizah diangkat sebagai calon Perdana Menteri Sementara.

Idea agar PAN dibubar disambut hangat oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang terus-menerus membicarakan isu tersebut walaupun ianya ditolak mentah - mentah oleh PAN dan Setiausaha Agung PKR tanpa kajian mendalam.

Berhubung dengan idea mengenai Calon PM pula, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa Pakatan Haprak tu akan mengumumkan calon mereka selepas mengadakan perbincangan dalaman tidak lama lagi.

Tapi yang peliknya, Penasihat DAPigs, Lim Kit Siang selaku 'Abang Besar' dalam Pakatan terlebih dahulu mendedahkan calon Perdana Menteri Sementara pilihan mereka ialah ialah Presiden PKR Wan Azizah dan bukannya Muhyiddin Yassin.

Namun persoalannya, apakah tujuan Kit Siang membuat pengumuman ini tanpa menunggu sebarang pengumuman rasmi selepas puak Pakatan Haprak tu berbincang seperti mana yang telah disebut oleh Nurul Izzah sebelum ini?

Ada yang berbisik dan membuatkan andaian bahawa sesiapa pun calon Perdana Menteri Pakatan, DAPigs tetap akan menjadi De Facto Leader atau 'Abang Besar' dalam Pakatan itu dan apa yang dilakukan Kit Siang menguatkan lagi andaian ini.

Yang hairannya, mengapa DAPigs tidak memilih Azmin sebagai calon PM? Dengan memilih Azmin, sebenarnya Pakatan tiada sebarang keperluan untuk mengangkat seorang calon Perdana Menteri Sementara seperti yang dicadangkan DAPigs. 

Adakah DAPigs juga mempunyai tanggapan yang agak skeptikal terhadap Azmin yang sebelum ini berjaya meng-GAGAL-kan rancangan agenda Langkah Kajang dan merampas jawatan Menteri Besar Selangor itu dari tangan Wan Azizah?

Kemungkinan besar DAPigs masih lagi menyimpan dendam terhadap Si Menteri Besar Selangor tu yang kerap kali membelakangkan tuntutan parti itu agar Rejim Pakatan Selangor memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS.

Jika dilihat dari satu sudut, kemungkinan itu membenarkan dakwaan bahawa DAPigs memang tidak menyukai Si Menteri Besar Selangor tu kerana mereka tidak mampu untuk menjadikan dia sebagai 'Boneka' yang boleh dipergunakan.

Sebaliknya, dengan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri Sementara, Presiden PKR tu lebih senang nak 'Dibentuk' mengikut kehendak dan kemahuan DAPigs memandang Si Wan Azizah tu hanya ibarat 'Tunggul Kayu' dalam Pakatan.

Dalam erti kata lainnya, DAPigs tidak menyukai Si Azmin kerana menganggap Timbalan Presiden PKR tu sebagai seorang yang Sombong dan tidak mahu mendengar cakap. Maka sebab itu DAPigs memberikan gambaran bahawa Si Azmin tu Tidak Layak untuk menjadi calon Perdana Menteri. Dia hanya ibarat 'Sampah' dimata DAPigs!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. semua ini kerana meskipun Azmin ada bola dan bola ini boleh dipegang namun Dap berasakan mereka tak boleh atau dibenarkan untuk pegang bola Azmin. makanya Azmin terjauh di dasar hati Dap dalam konteks pihak yang layak di calonkan tapi dalam masa sama bolanya tak mudah digenggam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping