Hahaha!!! Siapa sangka. Rupanya ini hanya sekadar taktik Politik PKR supaya mereka tidak berkongsi kerusi dengan PAN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Maka sebab itu Timbalan Ketua AMK ni cadang supaya mereka bergabung.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Timbalan Ketua AMK itu menyatakan bahawa idea untuk mewujudkan gabungan dengan PAN itu datangnya dari perbincangan dalaman dikalangan pemimpin PKR yang telah diadakan sebelum ini.
“Ia berpotensi menjadi idea yang baik kerana pendekatan dan pandangan AMANAH selari dengan PKR, malah kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya,” kata anggota Dewan Undangan Negeri PKR untuk Seberang Jaya.
“PKR dan AMANAH ada ramai pemimpin yang baik.
“Dan kedua-dua pihak boleh bekerjasama mengukuhkan bukan sahaja parti masing-masing tetapi juga blok pembangkang secara keseluruhannya, termasuk untuk berdepan pilihan raya umum ke-14.”
Hakikatnya, taktik PKR tu adalah untuk membuatkan parti tidak perlu memberikan kerusi kepada PAN menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dan sekiranya mereka bergabung, PKR tidak akan mengalami masalah seperti yang berlaku sebelum ini.
Sebagai rekod, PKR dan DAPigs pernah berebut kerusi sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan sehingga menyebabkan pertembungan diantara kedua - dua parti serta mewujudkan pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional.
Tapi malangnya, Timbalan Ketua AMK PKR tu terpaksa menjadi 'Kambing Hitam' kerana cadangan yang dikemukakan telah ditolak secara terang - terangan oleh PAN serta dikritik oleh Setiausaha Agung PKR dengan mendakwa ianya 'Pra Matang'.
Isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini menjadi diantara isu yang paling hangat diperkatakan memandangkan PPBM juga membuat tuntutan agar diberikan kerusi untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.
Soalnya, kerusi siapa yang akan dijadikan korban hanya semata - mata untuk memberi laluan kepada PPBM bertanding memandangkan PAN masih tetap berdegil mahu merampas kawasan PAS sedangkan masing - masing hanya berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi parti mereka sendiri!!!
Pkr bimbang nak bgi kerusi kpd Pan sbb takut kena buat lari mcm depa buat lari kerusi Pas.
BalasPadam