Isnin, Disember 26, 2016

Pendirian DAP bersabit kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat kerajaan jika pembangkang menang pilihan raya akan datang hanya akan diputuskan pimpinan tertinggi parti itu, demikian respon Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Tan Seng Giaw. 
"Patut tanya (Lim) Kit Siang (Penasihat DAP) lebih betul," ujarnya ringkas kepada Antarapos, hari ini.
Tan berkata demikian ketika ditanya reaksinya apabila bekas perdana menteri itu menawarkan diri menjadi penasihat kepada kerajaan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya, kelak.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berceramah di Alor Setar hujung minggu berkata beliau yakin nasihatnya akan membolehkan pembangkang mendapatkan kembali 50% dana kerajaan selain menutup separuh daripada kerugian yang ditanggung negara.

Tan juga enggan mengulas lanjut perihal Dr Mahathir akur akan kemampuan pembangkang dalam menguruskan negara namun memberikan alasan 'keadaan sudah berubah' yang merujuk kepada senario Politik pada ketika ini.
"Dalam sejarah (politik) Malaysia, Kit Siang dan Mahathir sudah bertahun dan berdekat ada pendapat yang sama sekali tidak serupa. Macam mana sudah berubah, 180 darjah? Keadaan sudah berubah," kata Ahli Parlimen Kepong itu lagi.
Dalam ceramah itu juga Dr Mahathir mendakwa jika Datuk Seri Najib Razak terus berkuasa, pembangkang sukar menyelamatkan Malaysia, walaupun mereka akhirnya dapat memimpin negara dan generasi akan datang bakal menjadi mangsanya.

Beliau juga berkongsi 'rahsia' yang membolehkan beliau berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri dan mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi lima PRU adalah disebabkan pembangkang tidak bersatu dan masing-masing hanya mengutamakan kepentingan diri.

Sehubungan itu, beliau menggesa parti pembangkang supaya bersatu, mengetepikan perbezaan masing-masing dan fokus kepada musuh sebenar mereka. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. dulu aku cukup respect si mamak ni.. tapi sekarang aku tak blh nengok muka dia...apabila perangai sebenar yg disorok selama dia jadi PM 22 thn...terpamir sudah...aku tertipu rupanya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping