Jumaat, Disember 09, 2016

Anak bekas ketua polis negara, Abdul Rahman Omar Mohd Haniff membuat laporan polis terhadap pengasas portal berita Malaysiakini kerana didakwa menerima dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.

Beliau yang juga merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia memaklumkan turut meminta agar pihak Polis melakukan siasatan secara menyeluruh mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, maklumat mengenai hubungan diantara Malaysiakini dan yayasan yang dimiliki oleh Spekulator Mata itu ditemui sewaktu beliau melayari laman web Dcleaks dan mahu ianya disiasat seberapa segera yang mungkin.
“Ketika melayari Internet, saya menemui dokumen yang disiarkan sebuah laman web, Dcleaks.com mendedahkan penglibatan rakyat Malaysia dalam usaha menggulingkan kerajaan Malaysia secara tidak demokratik.
“Ia pendedahan serius yang melibatkan dokumen organisasi dinamakan OSF yang dimiliki George Soros dan jelas menyebut jawatankuasa penasihatnya di Malaysia ialah pengasas portal Malaysiakini,” katanya di hadapan Balai Polis Jalan Tun Razak.
Rahman yang juga anak bekas ketua polis negara paling lama berkhidmat  Tun Mohammed Hanif Omar berkata, tindak tanduk Malaysiakini yang sering memutarbelitkan sesuatu berita mengukuhkan lagi syak beliau portal itu menerima dana daripada Soros.

Beliau bimbang sekiranya perkara ini dibiarkan, negara akan terjerumus ke kancah huru hara serta pemberontakan seperti yang pernah berlaku di Ukraine dan juga Negara - Negara lain.
“Dokumen OSF yang ditemuinya itu mendedahkan penyaluran dana dan mengawal hala tuju sebuah organisasi pemberontakan di Ukraine, International Renaissance Front (IRF) berpangkalan di Kiev yang turut menjadi pencetus kepada revolusi berdarah negara itu.
“Di kawasan pemberontakan ini, turut berlaku kejadian penembakan jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal,” katanya.
Justeru, beliau menggesa agar penyiasatan dan tindakan sewajarnya oleh pihak terhadap individu rakyat Malaysia yang dinamakan di dalam dokumen berkenaan.

Pada masa sama, Rahman juga meminta polis menyiasat kenyataan dikeluarkan bekas pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz yang mendedahkan penyaluran dana asing bagi Red Bean Army (RBA) parti DAP melalui capaian Red Bean Army gets foreign funding, claims Tunku Aziz.

“Tunku Abdul Aziz mendedahkan RBA terbabit menjalankan kerja subversif bagi mengulingkan kerajaan yang dipilih mengikut Perlembagaan.

“Jika tiada tindakan pihak berkuasa, ia mendedahkan negara berdaulat dan kerajaan dipilih melalui pilihan raya telus untuk digulingkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Perkara macam ni perlu tindakan segera drpd pdrm.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping