Jumaat, Disember 09, 2016

Menda la faedahnya nak bagi denda sebanyak RM 1500 tu kepada pemimpin PKR ni ye tak? Tak menjadi ke kudis lansung buat diorang. Nak kata denda sebanyak itu mampu membuatkan diorang insaf, tak jugak. Tak memberi kesan lansung.

Bagi puak PKR tu, denda sebanyak RM 1500 tu kecik sangat. Sekali petik jari je diorang boleh dapat duit sebanyak itu. Nak pulak bila diorang ada 'Funder' dari luar Negara. Lepas bayar, diorang ulang buat benda yang sama, sebab itu je kerja diorang.

Kalau nak kata denda yang dikenakan oleh pihak mahkamah tu itu adalah untuk memberi pengajaran, biar lebih daripada apa yang sepatutnya. Lagi bagus, biar diorang hilang terus kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Moh kalau kata pihak mahkamah nak tunjuk baik dan menonjolkan sifat 'Toleransi' dengan puak Pakatan ni, tak mendatangkan sebarang manfaat pun sebenarnya. Waima orang buat baik macam mana sekali pun, diorang tetap akan anggap ianya buruk juga.

Kot selama hari ini mahkamah sering kali mempamerkan 'Kemurahan Hati' terhadap pemimpin PKR dan juga puak Pakatan Haprak tu pun, pernah tak diorang menghargainya? Lagi diorang hina pulak sistem kehakiman Negara secara terbuka ada la.

Dah berapa kali puak Pakatan Haprak tu melabelkan sistem kehakiman Negara ni sebagai sistem yang Korup? Dah berapa kali dah diorang tuduh sistem perundangan di Malaysia ni 'Berat Sebelah' dan hanya menjaga kepentingan Kerajaan?

Tak terkira dah banyaknya!!! Sampai tahap ada yang sanggup berguling atas jalan raya sambil menjerit - jerit membuat tuduhan kononnya sistem kehakiman Negara ni 'Kejam', 'Zalim' dan menidas Kebebasan Hak Bersuara dikalangan rakyat.

Itu yang diorang jaja ke serata dunia dan membuat tuduhan memburukkan Negara. Jadi, apa faedahnya kalau setakat kita je yang tunjuk baik sedangkan diorang sikit pun tidak menghargainya? Kalau boleh lepas ini, sekiranya nak kenakan hukuman terhadap pemimpin Pakatan ni, biar berbaloi. Jangan setakat 'Melepas Batuk Ditangga' je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mungkin benar juga mahkamah korup spt didakwa...kalau tidak kenapa mahkamah tidak jatuhkan hukuman pencegahan untuk keamanan rakyat dgn menhatuhkan hukuman setimpal? Mahkamah dpt kata pembangkang memang korup.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping