Rabu, Disember 14, 2016

Seperti mana biasa yang sudah menjadi amalan keluarga Si Ketua Penipu tu, sudah pasti mereka akan menyalahkan sistem kehakiman Negara apabila Si Ketua Penipu tu GAGAL untuk membuat rayuan kali terakhir di mahkamah hari ini.

Maka sebab itu kita selalu ingatkan kepada pihak mahkamah agar tidak menunjukkan sebarang toleransi dengan puak Pakatan Haprak ni. Buat baik macam mana sekali pun, diorang bukannya pandai nak menghargainya. Sebaliknya, kita yang diludah balik.

Jika selama ini, pihak mahkamah dilihat terlalu berlembut dengan puak Pakatan Haprak tu dengan memberikan denda yang tidak setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehingga mereka boleh terlepas begitu sahaja.

Setidak - tidaknya, kalau nak jatuhkan hukuman, biar ianya setimpal dan mampu memberi pengajaran kepada puak Pakatan Haprak tu. Kalau boleh, biar lantak diorang hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya. Itu je ubat yang sebaiknya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, keluarga Si Ketua Penipu tu membuat dakwaan kononnya hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Mahkamah itu bukan sahaja berat sebelah. Tetapi turut menjadikan Si Ketua Penipu tu sebagai mangsa.

Kononnya, mereka mendakwa Si Ketua Penipu tu telah menjadi mangsa sistem kehakiman yang dikuasai oleh pihak Kerajaan dan menyebabkan Si Ketua Penipu tu menjadi 'Tahanan Politik'. Bahkan mereka mendakwa, sistem kehakiman Negara dah tak boleh dipercayai.
"Sistem kehakiman yang saya sanjung dan mengharapkan dapat membela sesiapa yang ditindas dan dianiaya, (namun) inilah (nasib) sistem yang kita harapkan.
"Apakah saya tak boleh berharap lagi. Ini yang membuatkan saya tidak punya rasa untuk lagi bercakap," katanya ketika berucap di hadapan penyokong Anwar di perkarangan Istana Kehakiman, tengah hari tadi.
Tengok! Baru sekali mahkamah menjatuhkan hukuman dan mengekalkan tempoh penjara yang dikenakan terhadap Si Ketua Penipu tu. Tapi puak Pakatan Haprak tu dah membuat andaian mereka yang bukan - bukan dan memburukkan sistem kehakiman.

Kot selama hari ini yang pihak mahkamah menunjukkan sifat toleransi terhadap pemimpin Pakatan Haprak tu sehingga mereka 'terselamat' dari hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya, takde pulak diorang ucap terima kasih?

Seeloknya selepas ini, kalau ada dikalangan puak Pakatan Haprak tu dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahan yang mereka sendiri lakukan, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman maksima terhadap mereka. Jangan tunjuk baik dengan puak Pakatan Haprak ni. Biar lantak diorang duduk merempat ditepi jalan!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Satu keluarga kena mandi bunga bukan cuci dosa tapi hilangkan bau hapak yang dah sebati dengan mereka.

    Omega di mana Kak Jah.

    BalasPadam
  2. Dosa sodomi satu hal,dosa memangsakan org bawahan yg sepatutnya di lindunig satu lagi hal,tak cukup dgn itu si mangsa juga di tuduh memfitnah dgn cuba membawa tuduhan khazaf kepada beliau,sekarang menuduh pula sistem kehakiman tidak adil pula,dosa menipu rakyat dan menghasut rakat utk membela beliau yg sememang bersalah belum lagi di ambil kira.Tak tahu lah apa nak jadi dengan keluarga ni,langsung tak takut dosa dgn melakukan dosa yg bertimpa-timpa.

    BalasPadam
  3. Elok pun..biar si maniak tu mereput je dlm penjara...

    BalasPadam
  4. Hormati keputusan mahkamah.

    BalasPadam
  5. akan hormati bila keputusan menyebelahi mereka ...puikkkk

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping