Rabu, Disember 14, 2016

Heh! Nampak sangat dari ira muka Presiden PPBM tu sendiri pun mempamerkan rasa tidak senang dia sewaktu hadir ke sesi menandatangani perjanjian kerjasama Politik dengan puak Pakatan semalam. Nampak sangat dia tak puas hati.

Bahkan, bukan sahaja 'Bahasa Tubuh' Presiden parti Cap Bunga tu mempamerkan ketidak-puasan hati dia terhadap perjanjian paksa yang dilakukan. Malah kenyataan yang dibuat semalam juga memperlihatkan keterpaksaan dirinya sendiri.

Namun, apa yang menjadi persoalannya, kenapa PPBM hanya sekadar bersetuju untuk 'Menandatangani Perjanjian' je dengan puak Pakatan Haprak tu? Kenapa mereka tidak mengisytiharkan diri mereka sebagai sebahagian dari Pakatan Haprak tu?

Khabar angin mengatakan, tindakan PPBM itu dibuat kerana mereka masih lagi mendambakan sokongan dari PAS yang tidak lagi bersama - sama dengan Pakatan Haprak yang turut dianggotai oleh PAN dan DAPigs itu pada ketika ini.

Malah, PAS juga sebelum ini pernah memberikan amaran kepada PPBM, sekiranya mereka mahu bekerjasama, maka parti itu tidak boleh mengadakan sebarang hubungan dengan DAPigs ataupun parti yang telah mengkhianati PAS sebelum ini.

Jika dilihat dari satu sudut, memang ada benarnya juga khabar angin itu memandangkan pada ketika ini PPBM masih lagi 'Terkontang Kanting' mencari pengaruh dikalangan akar umbi rakyat. Mereka masih lagi tercari- cari 'pentas' yang sesuai.

Maka, mahu atau tidak, terpaksa la pemimpin parti Cap Bunga tu 'Menebalkan Muka' dan menjaja wajah MUNAFIK mereka ke hulu dan ke hilir bagi menagih sokongan simpati dari parti - parti pembangkang yang lain seperti PAS dan juga Pakatan.

Sekiranya mereka tidak mempamerkan sikap tidak bermaruah sedemikian rupa, sudah pasti parti Cap Bungan tu akan ketinggalan dalam arus Politik semasa yang semakin rancak sejak akhir - akhir ini dan menyebabkan pemimpin mereka tenggelam.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PPBM itu mempamerkan sifat Tak Tau Malu mereka secara terang - terangan. Jelas, perjuangan mereka bukan untuk menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin - pemimpin tertentu parti itu semata - mata!!!
Categories:

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping