Selasa, Disember 20, 2016

Heh! Nampak gayanya PKR masih enggan melepaskan 'impian' mereka untuk menghalang PAN dari merampas kerusi milik parti itu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Idea nak menggabungkan PAN dan PKR masih tetap diteruskan.

Entah apa masalah PKR ni tak tau la. Tapi apa yang jelas, nampak sangat yang diorang ni dah terlalu 'Kemaruk' dengan parti sendiri sehingga terdesak mencetuskan idea sedemikian secara terbuka walaupun acap kali ditolak oleh pemimpin PAN.

Dari satu sudut, puak PKR ni ibarat sama seperti orang yang Gila Bayang. Malah mereka juga seakan - akan seperti kata pepatah "Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong - Sorong". Orang dah tak sudi, yang diorang kemaruk lagi menda jadahnya?

Jika selama hari ini, PKR enggan menerima saranan dan desakan yang dibuat oleh PAN agar mereka memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS. Semua desakan itu seolah - olah sengaja dipinggirkan oleh pemimpin tertinggi PKR.

Jadi, apa lagi yang PKR harapkan dari PAN untuk menerima cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini? Tidakkah tindakan itu hanya boleh diibarat seperti 'Pungguk Yang Merindukan Bulan'? Ternyata, mereka hanya 'Bertepuk Sebelah Tangan'.

ATAU, adakah kepimpinan PKR ni 'Terlalu Bebal' sehingga mereka tak faham bahasa Melayu? Susah sangat ke diorang nak faham ayat yang telah dikemukakan oleh pemimpin PAN yang jelas menyatakan keengganan mereka untuk bergabung?

Bagi PAN, sekiranya idea nak bergabung tu mahu diterima, adakah PKR bersedia untuk membubarkan Ahli Jawatankuasanya dalam masa terdekat dan mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Malah, bak kata pemimpin PAN sendiri, sekiranya cadangan itu hanya sekadar mainan Politik semata - mata, maka sudah pasti mereka tidak akan bersetuju dengannya. Dalam erti kata mudahnya, PKR perlu membuktikan kesungguhan mereka.
"Cadangan itu baik sekiranya orang yang beri cadangan itu sanggup (terlebih) dahulu mengosongkan posisi mereka didalam parti dan beri kepada (calon) Amanah. Contohnya, Afif kosongkan dulu jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan sedia beri kepada (pemimpin) dari Amanah. Tapi kalau cadangan tu sekadar mainan politik, kita tak setujulah," kata Ketua Pemuda PAN Kelantan.
Dalam satu kenyataan yang lain, Timbalan Presiden PAN tetap menegaskan bahawa parti itu Tidak Berminat nak bergabung dengan PKR dan menyifatkan cadangan tersebut tidak pernah berbangkit memandangkan mereka ada peranan masing - masing.

Apa yang jelas, cadangan yang dikemukakan oleh PKR untuk bergabung dengan PAN itu memberikan gambaran bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang cukup "Terdesak" untuk mengekalkan kedudukan serta "Tergugat" dengan pengaruh yang dibawa oleh PAN terhadap kewujudan mereka dalam Pakatan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. bila bilangan kerusi yang bakal diraih akan jadi penentu siapa yang layak duduk di kerusi terbesar dan tertinggi, jangan hairan kalau perebutan kerusi akan sampai satu tahap yang jelek dan jengkel. tunggu!

    BalasPadam
  2. Pan ibarat melukut di tepi gantang dlm ph. Pkr dah nampak bahawa Pan tak memberi keuntungan kpd ph. Eloklah bubar dan sertai pkr atau dap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping