Selasa, Disember 20, 2016

Itu je jawapan yang wajar diberikan kepada Si Khalid Samad ni. Nampak sangat pertikaian yang dia bangkitkan terhadap keputusan PKR yang tidak mahu PAN serta PPBM bertanding di Selangor dan Pulau Pinang tidak masuk akal.

Si Khalid Samad tu perlu sedar yang dia sudah hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang memandangkan dia masih ada 'Hutang' yang perlu dibayar akibat ke-BODOH-an dirinya yang dipaparkan sebelum ini.

Hakikatnya, Si Khalid Samad tu sendiri dah tak boleh nak bertanding dalam Pilihan Raya kerana perlu membayar denda sebanyak RM 200 ribu kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana fitnah yang disebarkannya.

Tapi, dek kerana Si Khalid Samad tu masih tak sedar diri, maka sebab itu dia meroyan tak tentu arah seperti orang hilang akal mempertikaikan mengenai keputusan yang telah dibuat PKR terhadap PAN dan juga PPBM di Selangor dan Pulau Pinang.

Kata Khalid, sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PKR terhadap mana - mana parti didalam Pakatan Haprak tu tidak boleh dilakukan secara terbuka. Sebaliknya, ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat tertutup dikalangan mereka.

Bahkan, Khalid juga turut mengingatkan kepada kepimpinan PKR agar tidak menjadikan Pulau Pinang serta Selangor seperti 'Mak Bapak' diorang punya dengan menghalang parti baru seperti PAN dan PPBM untuk bertanding dalam PRU kelak.
"PKR tidak sepatutnya membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan. Sebaliknya perkara mengenai kerjasama politik tersebut perlu dibawa dalam mesyuarat tertutup yang melibatkan kepimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM. Mana boleh sesuka hati je buat keputusan mengenai pengagihan kerusi tu," jelasnya dalam satu kenyataan.
Khalid mendakwa, tindakan PKR tersebut melambangkan betapa terdesaknya parti itu untuk mengekalkan kedudukan mereka di Selangor dan Pulau Pinang serta menunjukkan bahawa PKR masih tidak cukup matang dalam membuat keputusan.

Apa yang jelas sikap PKR ini mempamerkan sifat mereka yang tamakkan kuasa dan sekaligus membuktikan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani diantara parti pembangkang baru - baru ini hanya sekadar satu tindakan Politik Retorik mereka semata - mata untuk mengaburi mata rakyat!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. bila besar (masih dalam Pas) depa bongkak dan tamak...lar nih, bila dah jadi kecil orang pulak buat-buat tak nampak. ini bukan kes cempedak jadi nangka tetapi kes nangka kufur nikmat jer.

    BalasPadam
  2. Denda fitnah pun belum jelas lgi ada hati nak cakap pasal kerusi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping