Bakal bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad perlu belajar untuk menjadi seorang ahli Parlimen yang mempunyai sifat gentleman. Demikian gambaran yang diberikan Pengarah Komunikasi Strategik BN Si Khalid Samad tu.
Ini kerana, menurut tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, penggunaan perkataan yang tidak baik keluar dari mulut Si Khalid Samad tu sewaktu berbahas didalam Parlimen sudah pasti akan mengundang reaksi negatif daripada pihak lain.
"Khalid memang cukup menguji kesabaran ahli Parlimen BN dan speaker di Dewan Rakyat. Bahasa yang digunakan cukup untuk mengundang kemarahan orang lain," katanya ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.
Hari terakhir Dewan Rakyat menjadi kecoh pada bulan lalu, apabila Si Khalid Samad tu diserang oleh penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga merupakan seroang Timbalan Menteri ketika berada di luar Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini.
Serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan yang telah dibuat oleh Si Khalid Samad yang secara terbuka memberikan gelaran buruk terhadap Tajuddin dengan melabelkan dia sebagai 'Menteri Sial' dalam sidang dewan sebelumnya.
Abdul Rahman bagaimanapun menentang keras atas insiden serangan yang dilakukan terhadap Si Khalis Samad itu dan menyatakan bahawa tindakan menggunakan kekerasan dan kekasaran itu perlu menerima hukuman yang setimpal.
"Saya tidak pernah bersetuju dengan keganasan yang berlaku di Parlimen. Apa yang terjadi di Parlimen tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Walaubagaimana pun, Si Khalid Samad tu sepatutnya sudah dapat menjangka bahawa sudah pasti akan ada pihak yang tidak akan puas hati terhadap tindakan yang dilakukannya waima dia bercakap didalam sidang Parlimen sekali pun.
Paling tidak, ahli keluarga Datuk Tajuddin yang tersinggung dengan gelaran sedemikian. Kot kalau anak Si Khalid Samad tu sendiri pun akan naik angin bila ada orang melabelkan Si Khalid Samad tu sebagai seorang pemimpin SIAL kerana ianya melibatkan bukan sahaja maruah peribadi, tetapi maruah keluarga dia secara keseluruhannya!!!
Keceluparan dia menunjukkan peribadi dia sendiri yg kurang baik.
BalasPadamPengundi Shah Alam boleh menilai siapa sebenarnya si Khalid ni.
BalasPadam