Khamis, Disember 22, 2016

Hahaha!!! Memang lawak betul tengok gelagat PKR ni. Punya la diorang tak nak kongsi kerusi dengan orang lain sampai tahap terpaksa mencipta macam - macam alasan. Sebelum ini, pemimpin muda PKR mencadangkan agar parti itu bergabung dengan PAN.

Walaupun cadangan tu ditolak mentah - mentah oleh pemimpin PAN, tetapi Timbalan Presiden PKR tetap juga mahu cadangan itu dibawa berbincang secara lebih mendalam dengan memberikan alasan bahawa ianya wajar dipertimbangkan.

Soalnya, kenapa baru sekarang PKR mahu bergabung dengan PAN atas dasar kesamaan dalam agenda perjuangan mereka? Kenapa bila dah nak dekat PRU baru diorang tampil dengan cadangan sedemikian jika bukan kerana perebutan kerusi?

Yang tambah menghairankan, dengan PPBM boleh pulak PKR mempamerkan sifat Toleransi sedangkan parti itu juga mempunyai matlamat serta agenda perjuangan yang sama dengan PKR. Kenapa diorang tak ajak PPBM bergabung sekali?

Sebaliknya, dengan PPBM, PKR bukan sahaja dilihat 'Lembik Tengkuk' tetapi mereka juga sanggup memberikan kerusi untuk parti baru itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Takde pulak timbul isu nak ajak diorang bergabung.

Hakikatnya, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi sesama puak Pakatan Haprak ni pun bukannya suatu isu yang baru. Malah ianya dah banyak kali menjadi bahan pertikaian dan perbalahan sejak sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dan yang terbaru, PKR dan DAPigs pernah berebut kerusi sesama mereka sendiri sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak dimana kedua - dua parti itu GAGAL untuk menambah kerusi pembangkang didalam Dewan Undangan Negeri.

Mungkin keadaan itu yang membuatkan sesetengah pemimpin diperingkat bawahan menjadi keliru dengan pendirian parti mereka sendiri. Nampak sangat yang soal pembahagian kerusi ni merupakan salah satu dilema yang GAGAL ditangani.

Dan mungkin apabila melihat isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak itu semakin bertambah kronik, membuatkan pemimpin PKR diperingkat bawahan cuba nak ubah haluan dan enggan memberi tumpuan kepadanya.

Menurut kata Pengerusi PKR Johor ni, pemimpin diperingkat atasan perlu mengepikan soal berkaitan dengan pembahagian kerusi ni dan sebaliknya mereka perlu memberikan tumpuan kepada soal menjaga kebajikan rakyat terlebih dahulu.
“Bagi pihak PKR Johor, kami masih dalam persediaan dan perundingan. Kita tak kata nak bagi kerusi kepada sesiapa, saya rasa isu ini terlalu awal untuk dibincangkan. Lebih baik fokus bagaimana nak selesaikan isu rakyat, tawaran menerusi manifesto sebelum kita kata nak bagi kerusi pada sesiapa,” katanya kepada FMT.
Dalam erti kata lainnya, pemimpin tertinggi parti gabungan Pakatan Haprak tu lebih banyak memberikan tumpuan kepada soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je dari nak menjaga kebajikan rakyat. Sebab tu sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan mereka masih GAGAL diselesaikan!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ni lah namanya Pakatan 'Harapkan pegar pegar makan padi'...

    BalasPadam
  2. Pan parti serpihan yg tak mndapat sokongan akar umbi. Eloklah dibubar dan sertai Dap krn mereka seiras Dap. Lagi mudah pembahagian kerusi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping