Khamis, Disember 22, 2016

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi tempoh 2 minggu kepada Raja Petra meminta maaf, selepas artikel menuduh dia terlibat memastikan sabitan bersalah ke atas Si Ketua Penipu tu dalam kes liwat yang berakhir tahun lalu.

Tan Sri Musa juga turut menegaskan bahawa kegagalan Raja Petra berbuat demikian akan mengundang tindakan undang - undang yang bakal diambil terhadapnya, termasuk memfailkan saman kerana mencipta fitnah terhadap dirinya.
“Saya rasa ini fitnah, tak ada prinsip dan tak ada fakta. Kes sudah dibicarakan di mahkamah, dan tak ada kaitan dengan ‘fixing’ sebab sudah dicabar di mahkamah,” kata Musa dalam satu sidang media hari ini.
Raja Petra dalam penulisannya minggu lepas bertajuk “How Mukhriz is going to become PM” mendakwa kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Si Ketua Penipu tu merupakan rancangan Tun Mahathir dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam artikel yang sama juga, Raja Petra turut menyifatkan Musa dan Gani sebagai “Anjing Suruhan” Tun Mahathir kerana menuruti kehendak bekas Perdana Menteri itu untuk memerangkap Si Ketua Penipu tu dalam kes Liwat II sebelum ini.
“Anwar betul-betul diperdayakan. Dia terlalu bodoh dan layak masuk penjara — kalau bukan untuk kesalahan liwat, setidak-tidaknya untuk kebodohan. Mahathir kenakan (fixed) Anwar dalam Liwat I, dan sekali lagi Liwat 2,” tulis Raja Petra pada 16 Disember.
Si Ketua Penipu tu kini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun di Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dia bersalah kerana telah meliwat bekas pembantu peribadinya di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara.

Tan Sri Musa, dalam kenyataan yang sama juga turut menegaskan bahawa seorang pegawai awam hanya sekadar bertanggungjawab menjalankan tugas mereka untuk melaksanakan dasar Kerajaan, bukannya menuruti kehendak individu tertentu.

Menurut kata Tan Sri Musa lagi, tindakan yang dilakukan oleh Raja Petra itu hanya boleh disifatkan sebagai satu fitnah yang jahat dan cubaan untuk memburukkan imej serta menjatuhkan maruah semua pegawai awam yang ada di Negara ini.

Menurut Musa Hassan lagi, pihaknya akan berbincang dengan peguam bagi mencari jalan untuk mengheret Raja Petra ke mahkamah, memandangkan penulis blog Malaysia Today itu kini sedang menetap di United Kingdom.

Sebelum ini pada Julai 2008, Si Ketua Penipu tu telah membuat laporan kepada pegawai SPRM mengadu peranan Musa dan Gani berhubung kes Liwat I pada 1998. Menurut Si Ketua Penipu tu, dia percaya tuduhan ke atasnya direka cipta.

Menjawab persoalan mengenai perkara tersebut, Musa Hassan sekali lagi menegaskan bahawa kes tersebut telah pun menjalani proses yang mengikut sistem perundangan Negara dan tiada bukti ditemui terhadap tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya. Maka sebab itu SPRM menutup kes tersebut.
Categories:

2 ulasan:

  1. Saman aje rpk ni. Banyak cerita dongeng untuk cari makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita RPK berfakta. Bukan macam idola kamu Rafizi berauta.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping