Selasa, Disember 13, 2016

Hahaha!! Ada hati nak beri 'nasihat' kepada orang lain kononnya. Yang dia sendiri pun masih ketar kepala lutut nak tegur rakan seperjuangan dia sendiri, ada hati lagi Si Nurul Izzah ni nak beri amaran kepada PAS supaya jangan bertanding di Permatang Pauh?

Memang tambah menyedihkan sungguh Si Nurul Izzah ni. Nampak gayanya, sifat tak sedarkan diri yang menjadi sebahagian dari amalan harian dia tu dah bertambah kronik sejak berkawan dengan parti 'Ternakan DAPigs' tu pada ketika ini.

Maka sebab itu Si Nurul Izzah tu telah disekolahkan oleh PAS sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR tu yang sebelum ini berani 'Menasihatkan' PAS suruh jangan bertanding di Permatang Pauh.
"Kalau nak nasihat PAS, nasihat sekali 'kawan dia' DAP, AMANAH.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan. Kami (PAS), tetap fokus lawan BN (Barisan Nasional), jadi jangan hentam PAS sangat... PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik," katanya, memetik laporan Sinar Online.
Sebelum ini, Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai dilaporkan sebagai berkata, PAS perlu fokus melawan BN kerana sekiranya harat mahu bertanding di Permatang Pauh diteruskan, ia dikhuatiri mengelirukan para pengundi.
"Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN. Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka," kata Nurul Izzah selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam baru-baru ini.
Terdahulu, PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan Parlimen itu dan semua kerusi DUN di bawahnya dalam pilihan raya umum depan. DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.

Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, dilaporkan berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS. Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi, PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Dalam erti kata lainnya, selama hari ini PKR Permatang Pauh hanya sekadar mendapat ehsan daripada PAS untuk bertanding. Bukannya sebab parti tu ada mempunyai kekuatan mahupun pengaruh mereka sendiri dikawasan Permatang Pauh tu!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Izzah takut nak tegur Pan sbb ada Dap blkng Pan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping