Seperti mana yang telah dibangkitkan sebelum ini, parti PAS tu memang tak payah nak buat 'Gempak' tak tentu arah. Kalau setakat pandai nak 'Sembang' dengan memberikan amaran kepada PKR, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
Pokok pangkalnya, PAS sendiri perlu mengakui bahawa kewujudan mereka juga sangat bergantung kepada PKR jika mereka tidak mahu bergabung dengan UMNO. Tanpa sokongan dari parti itu, mana mungkin PAS dapat berdiri dengan sendiri.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan PAS sendiri memperlihatkan pendirian mereka yang Tidak Konsisten terhadap isu hubungan kerjasama dengan PKR. Malah PAS juga sering kali dilihat hanya pandai 'Menjilat Ludah' sendiri.
Maka sebab itu pandangan dari pakar dan penganalisis ni lebih kurang sama je dengan isu yang telah dibangkitkan sebelum ini. PAS tak sepatutnya memberikan amaran kepada "Rakan Politik Sebantal" mereka tu secara terang - terangan.
Menurut Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib, tiada keperluan untuk parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mengeluarkan 'amaran' sedemikian kerana PAS sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dinaungi PKR bersama Amanah dan DAP.
Justeru kata beliau, daripada melahirkan kerisauan dengan tindakan PH meletakkan calon di kerusi mereka, PAS sebaliknya perlu mencerminkan rasional partinya yang akan diterjemah oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
"Biar PAS bertanding di mana, tidak perlu ugut orang lain pun malahan dia tidak perlu bagi kerusi kepada PKR, bukan kepada Amanah sekalipun. Tempat yang Amanah dan PKR nak bertanding, PAS boleh letak calon. Sebab PAS sudah tidak ada hubungan dengan mereka (kecuali Selangor).
"Sekarang PAS tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan kenapa perlu ugut mereka (mengenai pembahagian kerusi)?," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika diminta mengulas amaran daripada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed bahawa partinya akan bertanding di kerusi PKR, sekiranya "Rakan Tahaluf" mereka di Selangor itu gagal mengawal PAN.
Mengulas dengan secara lanjut, menurut Ahmad Tarmizi, PAS tidak sepatutnya mencampuri urusan pembahagian kerusi antara PH kerana tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan gabungan itu terutamanya DAPigs dan PAN.
"PAS sudah bersendiri, dia bertandinglah di mana kerusi sekalipun. Persoalannya siapa yang akan sokong parti mana (dalam PRU14 nanti)?
"Kalau kata Pakatan Harapan masih mengharapkan lagi sokongan ahli PAS di kerusi mereka jadi seolah-olah masih ada pakatan (antara PAS dan Pakatan Harapan) juga PAS masih mengharapkan sokongan ahli PKR untuk menyokong PAS di kawasan yang PAS bertanding barulah mereka mengharapkan PKR tidak meletakkan calon," katanya lagi.
PH kini mengikat perjanjian kerjasama politik dengan PPBM yang bertujuan mahu meletakkan calon mewakili gandingan mereka, namun selagi belum mencapai permuafakatan dengan PAS, konsep satu lawan satu dilihat sukar direalisasikan dan sekaligus membuatkan kesepakatan dikalangan mereka bertambah KRONIK!!!
Apa pun ph tanpa pas tak mampu nak jatuhkan bn. Terbukti semasa pr sarawak dn dua prk di semenanjung yg lepas.
BalasPadam