Sabtu, Disember 24, 2016

Heh! Nampak gayanya isu kontroversi yang tidak diundang yang telah dibangkitkan oleh kepimpinan PKR sebelum ini sudah menjadi semakin kronik apabila cadangan yang dibuat secara terbuka itu menerima respon yang negatif dari PAN.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam, Ketua Pemuda PAN, Sany Hamzan dilihat berang dengan cadangan yang dibuat oleh Azmin yang secara terbuka bersetuju jika PAN digabungkan dengan PKR bagi menghadapi PRU akan datang.

Membidas cadangan yang telah dikemukakan oleh Azmin serta Timbalan Ketua AMK PKR sebelum ini, Ketua Pemuda PAN itu secara bingkas mengemukakan cadangan baharu dengan menyarankan agar PKR pula bergabungkan dengan PAS.
“Kalau saya cadangkan PKR bergabung dengan PAS ?,” soalnya.
Sementara itu, blogger yang juga aktivis PAN turut menyifatkan cadangan yang dibuat oleh Azmin itu hanya sekadar mempunyai untuk "Membunuh" PAN sebagaimana yang pernah berlaku terhadap Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini.
“Hasratnya serupa dengan PAS: iaitu untuk membunuh AMANAH sepertimana PKR telah membunuh Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) setelah bergabung dengan PKR. Supaya AMANAH tidak menggugat PKR di dalam PH sebagai parti yang dominan,” katanya.
Jika sebelum ini, ramai juga pihak turut mempersoalkan kewajaran PKR mengemukakan cadangan penggabungan tersebut walaupun sudah berkali - kali ianya ditolak secara mentah - mentah oleh kepimpinan parti Ternakan DAPigs itu.

Alasan yang diberikan oleh PKR, perkara itu wajar dibawa berbincang dan dibangkitkan ke meja rundingan Pakatan kerana mereka melihat agenda serta dasar perjuangan PAN seakan - akan sama dengan apa yang turut dibangkitkan oleh PKR.

Namun dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu hanya disifatkan sebagai satu langkah untuk mengekang kewujudan PAN serta menghalang parti itu dari merampas kawasan PKR dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dalam erti kata lainnya, PKR dilihat agak keberatan untuk berkongsi kerusi dengan PAN bagi menghadapi PRU ke 14 yang dikatakan bakal diadakan pada tahun hadapan. Maka dengan cara mereka bergabung, risiko PKR hilang kerusi tidak wujud.

Tetapi, apa yang lebih menghairankan, kenapa PKR tidak mengajukan cadangan yang sama terhadap PPBM yang secara terang - terangan mempunyai dasar perjuangan dan matlamat yang sama? Kenapa cadangan itu hanya dibuat terhadap PAN? Kan nampak sangat yang PKR ni cuba nak memperlekehkan peranan PAN dalam Pakatan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping