Khamis, Disember 29, 2016

Heh! Nampak gayanya, perebutan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum diantara puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini semakin bertambah runcing apabila persetujuan dan kesepakatan diantara mereka masih GAGAL dilaksanakan.

Jika sebelum ini, pemimpin PAN tampil dengan membuat cadangan mahu mengintai kerusi yang pernah ditandingi oleh PKR dan juga PAS. Namun tindakan itu ditempelak oleh PAS yang mendakwa PAN mula mengkhianati PKR secara terbuka.

Bangkit menafikan dakwaan tersebut, Naib Presiden PAN tampil memberikan amaran kepada PAS agar tidak menjadi 'Batu Api' dan cuba nak melaga - lagakan kepimpinan PAN dengan PKR melalui dakwaan yang telah dibuat sebelum ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mereka tidak berniat mencuri kerusi PKR sebaliknya ia hanya akan dilakukan dengan persetujuan yang bakal diperolehi oleh kedua - dua belah pihak selepas perundingan.
“Semua isu kerusi akan dibawa dalam mesyuarat teknikal dan jika PAS ada dalam Pakatan Harapan (PH), lebih mudah untuk berunding.
“PAS bukannya ada di dalam PH dan sikap berkecualinya kami anggap hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN). Berkenaan PKR, kenapa PAS harus bimbang?” katanya kepada FMT.
Mujahid berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang telah dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad yang mendakwa jika PAN menghormati sekutunya dalam PH, parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi daripada PKR.

Kata Mujahid, PAS ketika ini hanya perlu membuat keputusan tegas sama ada mahu bersama suara rakyat dan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan atau berterusan memberi kelebihan kepada Umno serta Barisan Nasional.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad menyatakan hasrat mahu bertanding di 40 kerusi milik PKR pada PRU14. Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Pandai betul geng2 PH ni..klw pru 14 PH kalah teruk...mereka akan nenuding kearah Pas..Pas akan dikatakan punca mereka kalah...hahaha

    BalasPadam
  2. Hi..hi..hi. perangai mereka... bila kalah pemilihan salahkan geng ustaz..
    Haprak betoiii.

    BalasPadam
  3. Ph memang tak mampu pergi jauh tanpa Pas. Tpi hari2 ph dok hentam Pas. Patut benar Pas tak nak bgi kerjasama.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping