Rabu, Disember 28, 2016

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, sebaliknya ia adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan BR1M sebagai rasuah.
“(BR1M) memang patut diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah. Ia adalah hak rakyat. Jika rakyat layak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, ia patut diberikan kepada mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Ahad lalu, bekas perdana menteri dilaporkan mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) tampil mengecam dakwaan itu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersendakan Dr Mahathir tidak dapat membezakan bantuan dan rasuah.

Sebaliknya, Salleh menyifatkan pemberian BR1M seperti “wang ehsan”, program bantuan istimewa Terengganu bagi menggantikan bayaran royalti minyak yang diperkenalkan Dr Mahathir sendiri, sejak 2000.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad juga turut menegaskan bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak diwajibkan untuk mengundi Barisan Nasional.
“Kita perlu mendidik rakyat ia adalah dasar ekonomi BN bagi menyelesaikan masalah kemiskinan. Rakyat perlu fikir berapa jauh dasar seperti itu boleh selesaikan krisis ekonomi ketika ini.”
Khalid bagaimanapun cuba untuk mempertahankan Tun Mahathir dengan memberikan alasan bahawa kemungkinan besar kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
“Jangan rasa bertanggungjawab untuk mengundi BN, jika anda dapat BR1M. Itu yang saya rasa Dr M cuba katakan. Anda tidak mengundi kerajaan kerana BR1M. Jika rakyat dapat BR1M dan rasa bertanggungjawab mengundi BN, maka ia adalah rasuah.”
Pokok pangkalnya, puak Pakatan Hapra tu pun tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir yang mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu merupakan satu bentuk Rasuah daripada Kerajaan kepada rakyat. 

Apa yang jelas, tindakan bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai satu usaha untuk memburukkan bantuan Kerajaan kepada rakyat dan golongan sasaran yang telah ditentukan serta memberikan gambaran bahawa semua 7 juta penerima BR1M tu bodoh belaka. Dia dengan anak beranak dia je yang cerdik!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Madey dah pandai cakap halal haram plk dah..

    BalasPadam
  2. BR1M bukan hak. Itu keistimewaan. Keistimewaan sebagai rakyat Malaysia. Datang daripada rakyat kepada rakyat. Tapi kesian bila perit jerih rakyat yang buat cukai dibelanjakan untuk bagi makan orang yang tak reti nak bersyukur. Sangat ironis.

    BalasPadam
  3. mcm la time memerintah dia tu perfect sgt. hati dah tukar jadi komunis ni la jadinya. umor dah meniti senja tak sedar2 diri...

    BalasPadam
  4. Dulu aku kerja swasta gaji kecik, bonus syarikat pun takde, kerajaan tak bagi apa2 pun. Skarang nie ada BRIM dapat lah merasa sikit kekayaan negara..
    Yang gaji besar2 tak payah lah nak sibuk2 ngan BRIM... aku tahu lah korang kena bayar cukai beribu2... tapi takdelah sampai makan nasi ngan kicap je bila hujung bulan..kan?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping