Rabu, Disember 14, 2016

Itu je gambaran yang dapat kita berikan kepada hubungan songsang yang dimainkan oleh parti Politik dikalangan puak pembangkang tu pada ketika ini. Masing - masing sibuk dok berebut kerusi je untuk bertanding dalam Pilihan Raya akan datang.

Yang PAN sibuk nak rebut kerusi yang ditandingi oleh PAS sebelum ini kerana menyangka mereka mampu untuk meraih kemenangan memandangkan PAS bukan lagi sebahagian dari Pakatan. Tapi dalam PRK baru - baru ni, diorang kalah teruk.

Walaupun PAN dapat sokongan penuh dari PKR dan DAPigs sewaktu Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, tapi mereka GAGAL juga untuk menang. Itu membuktikan yang PAN ni takde kemampuan mereka sendiri.

Yang PAS pulak sibuk nak mempertahankan kerusi mereka sedia ada dan enggan melepaskan walaupun satu kerusi kepada parti lain, termasuk kepada PPBM dengan alasan kononnya kerusi itu merupakan 'Kubu Kuat' mereka selama hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Timbalan Presiden PAS sekali lagi memberikan amaran supaya kerusi yang ditandingi oleh PAS tidak diusik oleh mana - mana pihak. Terutama dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.
"Ada orang tanya macam mana (PAS) nak lawan satu lawan satu dengan BN kalau kita tak bersama (dalam satu pakatan pembangkang). Saya kata apa yang susah! PAS akan pertahankan kerusi kita, (parti lain) bincang kerusi lain. Saya fikir kalau kita ambil kaedah tersebut masalah boleh selesai," katanya.
Selain daripada itu, Timbalan Presiden PAS itu juga turut menyelar tindakan PAN yang dianggap 'Tamak' mahu membolot semua kerusi PAS tetapi buat muka tak malu nak menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan parti itu sebelum ini.
"Parti Amanah hari-hari isytihar akan bertanding semua kerusi Pas dan akan tawan semula Kelantan daripada Pas. Lepas itu minta kita kerjasama dengan dia. Kita bukan anak tangga untuk orang pijak naik ke atas. Minta maaf, kita hanya akan bekerjasama dengan parti yang pandai hormati kita," katanya.
Tapi yang paling menyedihkan ialah parti Cap Bunga yang terpaksa mengemis kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kot kalau tengok pada gayanya, bukan main sangat la diorang ni. Berlagak tak tentu arah.

Kalau bercakap atas pentas Politik, bukan saja pentas tu boleh runtuh. Bumbung khemah pun boleh terbailk dibuatnya. Tapi bila berbicara soal kerusi yang diorang nak bertanding, parti Cap Bunga tu masih lagi dilihat terhegeh - hegeh tak tentu arah.

Itu membuktikan bahawa parti Cap Bunga tu takde maruah sehingga terpaksa menayang muka Munafik mereka ke hulu dan ke hilir bagi menagih sokongan simpati dari parti - parti pembangkang yang lain. Semuanya demi menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin mereka sendiri. Bukannya diorang sibuk nak menjaga kebajikan rakyat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan bernafsu besar wlpun tak dak kemampuan. Harapkan Dap di belakang. Tak ke mana parti mcm tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping