Sabtu, Disember 17, 2016

Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir. 

Kenyataan yang dibuat sewaktu berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu juga berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku. 
“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas,” katanya. 
Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri. 
“Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu,” pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.
Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu. 

Ini kerana katanya, jika pertandingan satu lawan satu menentang BN, tidak akan berlaku perpecahan undi sekaligus akan meberi saingan sengit kepada BN. 
“Tapi kalau bersama dengan kami, akan wujud keadaan di mana peluang untuk Pas menang lebih tinggi berbanding bersama Umno. Kalau dengan Umno, bertanding kerusi sama berebut pengundi sama,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mukhriz juga turut mengingatkan PAS agar mereka 'Mengukur Baju Pada Badan Sendiri' berhubung sikap mereka yang masih enggan bekerjasama dengan Pakatan demi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan mereka agar boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya dapat menubuhkan Kerajaan baharu.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Hari ni caci maki PAS, PAS makan dedak UMNO,PAS nak UG dgn UMNO...esok kita ajak PAS gabung PH dan marah2 pulak PAS taknak bersama..
    Nilah puak2 BODOH dan TOLOL.kalu dah rasa hebat sangat watpe hingin pulak kat PAS.caci maki,pujuk.Caci maki pujuk..

    BalasPadam
  2. Penubuhan ppbm itu pun dah pecahkan undi pembangkang khususnya undi melayu. Klu dah hebat sangat buat apa pujuk Pas. Klu rasa tak mampu jgn cakap besar.

    BalasPadam
  3. Bodo... nak ajak pas join ph utk 1 lawan 1. Pastu pulak pan nak bertanding kt kerusi pas. Kan bengong namanya.
    Sesama mereka pun cacar merba..
    Lebih baik pas fokus pada blok ke tiga. Jangan dilayan puak2 ni.

    BalasPadam
  4. Pakatan paling perrrghhh pernah berlaku dlm dunia politik alam maya ini.
    Ini semua taik Medey

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping