Khamis, Disember 29, 2016

Hahaha!!! Katanya "IKHLAS" berjuang demi rakyat. Tapi rupanya, dia juga hanya sekadar 'Pemakan Dedak' juga. Dedak banyak jenis Dedak. Yang pembangkang tuduh penyokong Kerajaan, 'Makan Dedak' dari sudut kewangan yang melimpah.

Tapi tuduhan yang dilemparkan hanya sekadar tuduhan yang tidak berasas. Namun ada juga jenis 'Dedak' yang tak dimakan, tapi tetapi menjadi bahan kemaruk puak - puak Pakatan Haprak ni. Nak pulak kalau ianya melibatkan kuasa dan jawatan.

Akhirnya, salah seorang pemimpin PPBM tu sendiri mengakui secara tidak lansung bahawa dia juga dari kalangan 'Pemakan Dedak' dari jenis jawatan. Bila takde jawatan, habis dia meroyan tak tentu arah macam orang yang dah hilang akal.

Habis semua orang nak dijadikan sebagai 'Musuh'. Kalau sebelum ini, kenyataan Setiausaha Agung parti pun dituduhnya sebagai satu 'Pembohongan'. Kali ini, diugutnya pulak nak didedahkan 'Rahsia' pemimpin yang cuba menjatuhkan dirinya.

Dari satu sudut, jelas tindakan pemimpin PPBM ni persis seperti apa yang digelarkan sebagai 'Assobiyah', yakni cuba nak menyembunyikan keburukkan dikalangan mereka demi menjaga kedudukan serta kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri.

Perkara yang sama pernah dilemparkan kepada penyokong Kerajaan yang masih tetap setia terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Dituduhnya menjadi 'Pemakan Dedak' kerana masih kekal memberi sokongan terhadap institusi kepimpinan.

Tapi apabila mereka buat benda yang sama, makin terserlah sifat kemunafikan yang selama ini cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Pokok pangkalnya, diorang sendiri yang membuka kemaluan mereka secara terang - terangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pemimpin Wanita PPBM yang telah digugurkan dari jawatan itu telah membuat ugutan terhadap partinya untuk menggunakan 'Kunci' yang dia ada bagi menghancurkan pihak yang cuba menjatuhkannya.
"Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. 
"Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sini. Saya sudah cukup baik selama ini. Saya tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat," demikian memetik tulisan Anina di laman Facebooknya.
Begitulah sifatnya bagi mereka yang benar - benar GILA KUASA. Tak pelik la kenapa dia ditakdirkan hilang jawatan dan telah dibuang dari UMNO sebelum ini kerana terlalu TAKSUB nak memegang kuasa dan hanya mengejar jawatan semata - mata.

Hakikatnya, pemimpin seperti ini bukan sahaja Tidak Layak untuk diberikan sebarang jawatan. Malah dia juga tidak mempunyai sifat kebertanggungjawaban terhadap apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Dia jelas tidak redha dengan takdir. Itu belum dia dapat kuasa lagi. Dah dapat kuasa nanti, alamat Jahanam la Negara dibuatnya!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. "Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua."

    --------------

    Tekan jer ler, Srikandi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping