Selasa, Disember 13, 2016

Heh! Setakat mana perbalahan yang sedang berlaku diantara puak Pakatan Haprak ni memberi kesan kepada rakyat? Tidakkah mereka dapat melihat kekalutan dan kecelaruan yang sedang berlaku diantara parti Pakatan ni semakin meruncing?

Sejak Pakatan Haramjadah tu dibubarkan sebelum ini, Pakatan Haprak baru yang ditubuhkan tanpa penglibatan PAS itu bukannya bertambah baik. Sebaliknya, bertambah mengelirukan apabila parti yang terlibat suka berbalah sesama sendiri.

Jika sebelum ini, PAN tampil membuat dakwaan terhadap pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan PKR dituduh cuba menghalang aktiviti parti tersebut dengan pelbagai kerenah birokrasi hanya semata - mata kerana didesak oleh PAS.

Namun, bagi PAS, tuduhan yang dilemparkan oleh PAN Selangor itu hanya sekadar tuduhan liar memandangkan PAS tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang mana - mana pihak, termasuk parti Politik mengadakan program mereka.

Sebaliknya, PAS mendakwa jika perkara seperti itu berlaku, bermakna ianya adalah tanggungjawab pihak Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh PKR itu sendiri. PAS tak de kena mengena pun dengan sekatan atau tuduhan tersebut.

Kali ini, wakil dari Rejim Pakatan Selangor itu sendiri tampil menjelaskan bahawa dakwaan serta tuduhan PAN itu hanya sekadar satu tindakan yang tidak masuk akal dan cubaan untuk mengheret PKR dalam kancah perbalahan dengan PAS.

Katanya, pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR sebelum ini telah pun mengambil langkah untuk tidak meminggirkan PAN dengan melantik wakil dari parti itu sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disekitar Negeri tersebut.
“Ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor membuka ruang kepada pendatang baharu dunia politik seperti Amanah untuk bergerak aktif di Selangor sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Harapan.”
Sehubungan itu, PKR menganggap ucapan dari pewakilan PAN Selangor Konvensyen Nasional parti itu semalam yang memberi gambaran seolah - olah Rejim Pakatan Selangor GAGAL meraikan PAN sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas.
“Saya ingatkan kepada semua rakan komponen jangan sesekali mengheret kerajaan negeri dalam sengketa sesama parti kerana ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.”
Apa yang jelas, perbalahan mengenai pembahagian kuasa dikalangan puak Pakatan Haprak tu pun sampai ke hari ini masih GAGAL untuk diselesaikan sesama mereka. Jadi, bagaimana mungkin mereka boleh diberi kepercayaan untuk mentadbir Negara dimasa akan datang? Kalau diberi diorang kuasa, alamat memang Jahanam la jawabnya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Bercakaran tak habis habis. Mcm mana nak perintah negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping