Khamis, Disember 22, 2016

Aduhai!!! Berapa banyak kali PAS nak 'Sembang' ni? Kalau tak runtuh pentas ceramah bercerita pasal memburukkan PAN dan DAPigs bukan main. Malah, bagi amaran kepada PKR dah berbakul - bakul. Tapi hasilnya? Satu hapah pun Tarak!!!

Untuk sekian kalinya, PAS tampil memberikan 'Amaran Keras' kepada PKR. Kalau sebelum ini, diorang pernah jugak bagi amaran kononnya tak nak membantu kempen parti tu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Tapi akhirnya?

Kaki PKR tu juga yang diorang sujud. Bila tiba hari penamaan calon, ada juga kelibat pemimpin PAS turut serta memberi sokongan kepada calon dari parti tersebut sedangkan sebelum ini, bagai nak runtuh pentas ceramah digegarnya.

Itu menunjukkan yang pendirian PAS ni tak cukup mantap. Mudah sangat Iman diorang goyang apabila PKR menunjukkan taring mereka sehingga membuatkan Pak Lebai PAS tu semuanya mula terkencing dalam seluar. Kali ni, di Selangor pulak.

PAS dengan tegas memberi satu lagi amaran dengan menyatakan bahawa parti itu akan 'Bercerai' dengan PKR sekiranya mereka bergabung dengan PAN sepertimana yang telah disarankan oleh Timbalan Presiden PKR sebelum ini.
“Jika PKR bergabung dengan PAN maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
“Tetapi jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR, maka mungkin ya (PAS bekerjasama dengan PKR),” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS kepada BNBBC.my.
Persoalannya, sejauh mana kesungguhan PAS nak ambik tindakan tersebut sedangkan sebelum ini, parti tu dah banyak kali menyuarakan amaran yang sama kepada PKR? Kenapa sampai hari ini, PAS masih lagi bekerjasama dengan mereka?

Bukan ke PAS sebelum ini pernah memberi amaran bahawa mereka tidak akan menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PPBM sekiranya parti tu menandatangani perjanjian bersama Pakatan yang turut disertai oleh DAPigs dan PAN?

Tapi, kenapa sehingga ke hari ini, ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang menyatakan bahawa rundingan dengan PPBM tetap akan diteruskan walaupun parti itu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan DAPigs dan PAN?

Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa PAS ni memang tidap tetap pendirian dan lebih mudah tunduk dan sujud kepada kehendak Politik semasa sehingga menyebabkan rakyat melihat parti itu semakin bertambah Retorik? Sampai bila PAS nak terus memberi amaran kosong kepada PKR sedangkan diorang sendiri tak berani nak ambik tindakan!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Pkr masih perlukan Pas utk mndapat undi yg tinggi terutama undi Melayu. Klu tak amat sukar nak bernyawa.

    BalasPadam
  2. exco2 pas mana blh lepas elaun&kemudahan lumayan beb....pas kena ikut kehendak mereka, klu tidak pas akn kehilangan kerusi akibat mereka lompat ke parti lain...simple mathematics... politic cari makan & sebagai profession...rakyat yg bodoh lgi diperbodohkan...

    BalasPadam
  3. PAS...Parti Auta Sedunia. Boleh buat u-turn kat last corner. BN berhati-hati lah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping