Jumaat, Disember 23, 2016

Kita lari sekejap dari cerita Politik semasa untuk memberikan laluan kepada kisah yang disampaikan oleh seorang sahabat ini mengenai cadangan pindaan Rang Undang - Undang berkaitan dengan Mahkamah Syariah atau RUU 355.

Kalau kita lihat dari satu sudut, memang meluat juga mendengarnya. Tapi biar la ianya menjadi satu panduan untuk kita mengkur sejauh mana sebenarnya penerimaan masyarakat berkaitan dengan RUU yang dibentangkan oleh PAS tu sebelum ini.

Cerita dari sahabat itu, dia ada berjumpa dengan seorang pemimpin berbangsa Cina yang hairan dengan tindakan segelintir pemimpin Melayu yang menjadikan isu berkaitan dengan Rang Undang - Undang itu sebagai sentimen Politik.

Kata pemimpin berbangsa Cina itu, dia tak faham kenapa pemimpin Melayu itu mahu menjadikan isu berkaitan dengan Rang Undang - Undang itu sebagai bahan modal untuk dia berpolitik sekiranya benar pemimpin Melayu itu menyokong pindaan tersebut.

Jelas pemimpin yang berbangsa Cina itu, mereka yang Bukan Islam membantah cadangan tersebut kerana mereka tidak faham apa yang cuba dibentangkan oleh PAS dan sehingga kini tidak ada penjelasan yang dibuat berkaitan dengannya.
"Yang kita dengar setakat ini hanya luahan rasa marah dari pemimpin Melayu itu terhadap kita. Kenapa dia marah sedangkan dia sepatutnya memberikan kami penjelasan mengenai cadangan pindaan tersebut? Kenapa dia mahu menjadikan isu tersebut sebagai bahan sentimen Politik?" soal pemimpin berbangsa Cina itu.
Jika difikirkan dari satu sudut, mungkin ada benar persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin yang berbangsa Cina tu. Sepatutnya, pemimpin Melayu tu tampil memberikan penjelasan mengenai RUU 355 yang dibentangkan oleh PAS kepada Bukan Islam.

Tapi, mungkin dek kerana pemimpin Melayu tu sendiri pun tak faham mengenai cadangan pindaan RUU yang telah dibentangkan sebelum membuatkan dia menjadikan isu tu sebagai bahan modal sentimen Politik untuk dijaja kepada rakyat.

Secara logiknya, bantahan yang dibuat oleh mereka yang Bukan Islam tu adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai cadangan pindaan yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Maka sebab itu mereka membuat bantahan. Yang tu kita faham.
"Diorang buat bantahan, itu Hak dia dan Hak bangsa dia. Dah bangsa dia tak faham apa yang nak dilaksanakan oleh PAS, kenapa pulak pemimpin Melayu tu nak marah?
"Yang pemimpin Melayu tu pulak, sejauh mana dia sokong cadangan pindaan yang dibuat oleh Presiden PAS tu? Pernah ke dia menyatakan sokongan dia kepada cadangan PAS itu secara terbuka? Kalau setakat pandai nak mempertikaikan bantahan orang Bukan Islam je, apa gunanya?" soal sahabat itu.
Pokok pangkalnya, mereka yang nak mempertahankan pindaan Rang Undang - Undang yang telah dicadangkan oleh PAS tu, PERTAMA perlu faham apa yang telah dicadangkan. Bukannya main ikut sesuka hati dan secara membabi buta.

KEDUA, dia kena faham kenapa orang Bukan Islam tu buat bantahan. Diorang yang Bukan Islam tu buat bantahan menggunakan Hak diorang nak membantah kerana mereka kurang pemahaman mengenai apa yang mahu dilaksanakan.

Yang Hak kita sebagai orang Islam ni menyokong cadangan yang telah dibuat. Tapi bila sampai tahap nak menjadikan perkara tu sebagai bahan sentimen Politik, itu bukan menyokong namanya. Itu orang panggil 'Baling Batu, Sembunyi Tangan' je. Kalau tak tau, diam. Kalau tak sokong, jangan kita jadikan isu tu sebagai isu Politik pulak!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Ni pemimpin bukan Islam yg nak tunjuk bodoh. Dah berapa kali diberitahu ruu tu tak ada kena mengena dgn nonmuslim. Untuk muslim shj. Mengapa ruu ni shj yg dok sebok nak nonmuslim faham. Hukum syariat bnyk lgi tak sebok nak faham pun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping