Jumaat, Disember 23, 2016

Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ni kot dalam kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini. Mungkin itu yang cuba diterjemahkan sewaktu membuat ulasan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

ATAU mungkin, bekas Perdana Menteri itu ingin memberikan gambaran bahawa pada waktu dia menjadi Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri, pelajar Universiti ni semuanya 'Pemakan Dedak' Kerajaan kerana mendapat tajaan sepenuhnya.

Dari apa yang dijelaskan, kemungkinan diatas itu merupakan satu perkara yang sangat boleh diterima akal. Kiranya, bagi Tun Mahathir, pelajar Universiti pada ketika dia memegang tampuk pemerintahan tidak layak untuk buat demonstrasi.

Tapi IRONIKnya, banyak juga siri demonstrasi dilaksanakan pada ketika dia memerintah dan memegang kuasa. Nak pulak yang diketuai oleh Si Ketua Penipu tu. Adakah itu bermakna yang Si Ketua Penipu tu seorang pemimpin yang tak bijak?

Mengimbau kembali tindakan Si Ketua Penipu tu pada ketika itu, dia berjaya menghasut Mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi kerana menuntut agar pihak Kerajaan mengembalikan sistem biasiswa penuh kepada semua pelajar Universiti.

Maka, tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu pada ketika itu sahaja sudah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir. ATAU, adakah bekas Perdana Menteri itu sudah lupa dan cuba nak menafikannya?

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir mengenai perkara tersebut hanya wajar dilihat sebagai satu tindakan untuk menjustifikasikan beberapa siri demonstrasi yang telah disertainya sebelum ini yang mana, ia turut melibatkan Mahasiswa.

Tun ingin menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh golongan tersebut sebagai satu tindakan yang betul dan tidak salah mengikut AUKU yang pernah dikuatkuasakan sewaktu dia memegang tampuk pemerintahan Negara pada suatu ketika dahulu.

Pokok pangkalnya, hujah bekas Perdana Menteri yang pernah memegang teraju utama Negara itu juga dilihat agak dangkal kerana menganggap 'Budak Universiti' pada ketika itu tidak layak mengadakan demonstrasi kerana dibiayai oleh Kerajaan.

Sedangkan yang ada pada ketika ini yang perlu menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan mereka kepada pelajaran memandang ada dikalangan mereka yang ditanggung oleh ibu bapa. Jadi, apa tengkoraknya diorang nak mengabiskan masa menyertai demonstrasi yang jelas tidak mendatang faedah tu!!! Buat mengabihkan duit Mak Bapak je!!!
Categories:

5 ulasan:

  1. tajuk bodoh itu sesuai untuk penulis bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan yg pertama hantar komen adalah paling bodoh

      Padam
  2. yg baca 2x bodoh....

    BalasPadam
  3. Pembaca tak bodoh tapi pemimpin yang terlalu lama memimpin yang terkeliru.

    BalasPadam
  4. Aku rasa pelajar dulu lg hebat bersuara bawa suara mahasiswa... Yang sekarang? Kalau tak macai HEP, macai pembangkang... Suara mahasiswa x kedengaran, sayup kat facebook je...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping