Selasa, Disember 20, 2016

Heh! Nampak gayanya, taktik Politik PKR yang enggan berkongsi kerusi dengan PAN dan menghalang parti itu dari merampas kerusi mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang sejak kebelakangan ini semakin kian terserlah.

Ianya mula dibangkitkan sejak Timbalan Ketua AMK membuat cadangan secara terbuka supaya parti Ternakan DAPigs itu dibubarkan dan bergabung dengan PKR menjadi diantara perbualan paling hangat dikalangan ahli diperingkat akar umbi.

Jika sebelum ini, kepimpinan PAN jelas menolak cadangan yang telah dikemukakan dengan memberikan alasan ianya satu cadangan yang tidak wajar. Malah, Setiausaha Agung PKR sendiri tampil menolak cadangan yang telah dibangkitkan.

Setiausaha Agung PKR dalam satu kenyataan sebelum ini berkata cadangan yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK itu merupakan satu idea yang turut disifatkan sebagai 'Pra Matang' dan memang tidak sewajarnya dibangkitkan secara terbuka.

Namun IRONIKnya, cadangan yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK tu disambut baik oleh Timbalan Presiden PKR yang secara jelas mahu idea yang dikemukakan itu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat mengenainya.

Diantara alasan yang diberikan, Timbalan Presiden PKR itu menjelaskan bahawa gabungan kedua - dua parti pembangkang itu akan membentuk sebuah parti yang lebih dinamik dan mempunyai nilai Politik serta agenda yang sealiran.
"Bagi saya itu cadangan yang kita tidak boleh ambil sikap yang acuh tak acuh atau pun ketepikannya. Cadangan ini kita boleh bincang dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi.
"Saya terbuka, ini soal parti yang dinamik, parti yang demokratik kita harus mengambil sikap yang terbuka. Jangan mewarisi cara pemikiran lama kerana ini bukan reformasi yang kita harapkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu (PPASS), di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.
Tetapi yang peliknya, kenapa Timbalan Presiden PKR itu tidak mencadangkan perkara yang sama kepada PPBM? Bukankah parti itu juga mempunyai agenda dan perjuangan yang serupa dengan PKR? Kenapa dia tak ajak PPBM bergabung?

Dan yang bertambah hairannya, kenapa dengan PPBM, PKR boleh dilihat lebih bertoleransi sedangkan dengan PAN, parti itu dilihat sebaliknya? Jika ini bukan soal mengenai pembahagian kerusi, kenapa cadangan tu tak datang dari awal?

Kenapa bila dah dekat nak tiba waktu Pilihan Raya Umum baru PKR nak tampil dengan cadangan sedemikian? Kan nampak sangat parti tu enggan berkongsi kerusi dengan parti baru seperti PAN. Maka sebab itu timbul cadangan sedemikian.

Pokok pangkalnya, sifat TAMAK yang cuba ditonjolkan oleh PKR ni semakin terserlah. Perkara tu dapat kita lihat sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak dimana parti tu cuba nak rampas kerusi dari DAPigs. Jadi, tak heran la sekiranya cadangan nak bergabung dengan PAN ni hanya taktik PKR tak nak bagi kerusi kepada parti Ternakan DAPigs tu!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. kekuatan individu tidak ada makna tanpa didokong oleh induk yang kuat jua. faktor penting ini mungkin terlepas pandang dalam keterujaan untuk naik keatas tanpa kaki berpijak atas platform yang nyata.

    BalasPadam
  2. Pkr tak yakin Pan blh menang sbb akar umbinya tak seberapa. Daripada berebut kerusi baiklah bubar dan masuk dap atau pkr. Itu lebih baik bagi ph.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping