Jumaat, Januari 20, 2017

Wow! Setelah sekian lama didesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan status bagi jawatan Ahli Parlimen Shah Alam tu, baru hari ini mereka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut?

Rasanya sebelum ini dah banyak kali isu berkaitan dengan status Si Khalid Samad tu dibangkitkan. Nak pulak selepas mahkamah mengarahkan dia untuk membuat bayaran sebanyak RM 200 ribu kepada Datuk Dr. Hasan Ali.


Kali ini, SPR membuat kenyataan berhubung keputusan pihak Mahkamah Rendah Syariah Klang dan menyatakan bahawa mereka akan membuat semakan terhadap kedudukan Si Khalid Samad tu.
"Kita semak dulu. Kita minta maaf sangat, benda begini yang salah dan dirujuk kepada kita adakah jadi kosong tempat itu, kita akan lihat," kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. 
Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini telah membuat keputusan bahawa Si Khalid Samad tu bersalah kerana mengajar tanpa memiliki tauliah di sebuah surau di Klang pada tahun 2011.

Dalam penghakiman hari ini Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati kesnya wujud prima facie. Manakala Khalid, ketika ditemui berkata, beliau akan membayar denda itu serta akan merayu terhadap hukuman tersebut.

Menurut peruntukan Perlembagaan, seseorang wakil rakyat itu akan hilang kelayakan mereka sekiranya didapati bersalah oleh pihak mahkamah dan dikenakan denda lebih daripada RM 2 ribu.

Sekiranya SPR mendapati yang Si Khalid Samad tu hilang kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, maka dia juga turut hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tapi, jangan pulak lepas ni Si Khalid Samad tu nak meroyan macam orang hilang akal dan cuba membuat tuduhan kononnya sistem kehakiman di Malaysia ni tak adil atau sebagainya. Sebaliknya, dia perlu terima keputusan itu sebagai khifarah diatas kebodohan diri dia sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dah tak tau agama pi belajar la bukan pi mengajar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping