Sabtu, Januari 28, 2017

PAS bukan mengamalkan pendekatan 'kuku besi' terhadap mana-mana parti yang ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka, sebaliknya parti itu sekadar mempertahankan dasar perjuangan mereka selama ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang melabelkan PAS sebagai mengamalkan politik 'kuku besi'.
"Parti lain kena faham sesebuah parti ditubuhkan kerana apa. Kalau mereka faham, itu bukan kuku besi. PAS ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam.
"Adakah PKR, DAP dan PAN (Amanah) faham? Jadi, tak salah mereka (PAS) katakan, kalau tak mahu ikut kami, 'no way' (kerjasama). Sebab ini prinsip mereka.
"PAS adalah parti Islam se-Malaysia. Bukan PKR dan PAN (Amanah). Bukan kuku besi sebab itulah matlamat mereka, itulah parti mereka ditubuhkan atas dasar Islam," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
Azmin bertindak melabelkan PAS sebegitu selepas diminta mengulas kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mana-mana parti yang hendak bekerjasama perlu mengikut rentak politik mereka. 

"Mereka kena baca matlamat penubuhan parti PAS sebelum menuduh PAS kuku besi. Saya tak melihatnya sebagai kuku besi sebab dia (Hadi) orang yang berprinsip, orang yang memperjuangkan matlamat parti, itu saja," katanya lagi.
PAS kini hanya meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR dalam pentadbiran Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP, terkubur pada 2015.  

Dalam masa yang sama PAS menjalankan rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun belum memberi kata muktamad untuk menyertai Pakatan Harapan (PH). 

Bagaimanapun dengan pendirian PAS yang enggan mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, selain sikap lantang Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap menghentam mereka, kemungkinan rundingan PAS-PPBM itu sukar untuk dijayakan.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. mencarut sesama sendiri dlm masa yg sama mentadbir selangor.. ibarat org yg dah bercerai tp masih tinggal sekedudukan.. haram tu

    BalasPadam
  2. Sokong pendirian Pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping