Ahad, Januari 29, 2017

Ianya menjadi satu tanda tanya apabila laman portal Free Malaysia Today menyiarkan berita yang agak mengelirukan berkaitan dengan keadaan banjir yang berlaku di Negeri Pahang pada ketika ini.

Dalam tempoh sehari, sekurang - kurangnya tiga artikel yang disiarkan melalui laman portal itu melaporkan situasi banjir di negeri tersebut meningkat dan seolah - olah memberikan gambaran bahawa ianya bertambah buruk.

Diantara petikan artikel yang disiarkan, laman portal tersebut mendedahkan jumlah mangsa banjir di Pahang adalah yang paling tinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 6764 orang.

Tidak lama kemudian, laporan dari laman portal itu juga melaporkan jumlah mangsa banjir Negeri Pahang semakin meningkat seramai 6968 sementara negeri lain mengalami penurunan yang agak ketara.

Namun, menyemak laporan yang disiarkan melalui laman portal Sinar Harian, jumlah yang dinyatakan oleh FMT itu jauh berbeza dimana Sinar melaporkan hanya seramai 6519 orang sekitar jam 4.30 petang semalam.

Malah, tajuk laporan dari laman portal Sinar itu, Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Menurun juga menunjukkan berlakunya penurunan kepada jumlah mangsa yang terlibat secara keseluruhan.

Menurut laman portal tersebut, penurunan itu berlaku berikutan semua Pusat Pemindahan Banjir yang menempatkan mangsa bagi kawasan daerah Raub telah ditutup seperti mana yang dilaporkan.

Jumlah itu jelas berkurangnya apabila laman portal yang sama melaporkan seramai 7083 orang mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir selang tiga hari yang lepas.

Namun, apa yang menghairankan, laporan yang disiarkan dilaman portal FMT itu seolah - olah cuba memberikan gambaran buruk kepada keadaan sebenar yang sedang berlaku di Negeri Pahang pada ketika ini.

Walhal, dua hari yang lalu, laman portal DiRaja Pahang melaporkan, KDYMM Pemangku Raja Pahang bertitah, situasi banjir yang sedang melanda negeri kali ini masih lagi dalam keadaan yang terkawal.
SITUASI MANGSA BANJIR DI PAHANG MASIH TERKAWAL - KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG
Apa yang jelas, tindakan pihak FMT membuat laporan buruk terhadap Negeri Pahang itu dianggap tidak bertanggungjawab dan cuba memberikan gambaran negatif serta mewujudkan kekeliruan dikalangan rakyat semata - mata!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Portal murahan lapor berita pun tak menentu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping