Rabu, Januari 25, 2017

Kira bagus la jugak tindakan yang diambil oleh pihak SPRM ni. Bermakna pihak Kerajaan memberikan perhatian yang serius dalam usaha untuk membasmi gejala rasuah dikalangan golongan atasan.

Dalam laporan yang kecoh dilaman media sosial semalam, pihak SPRM dah buat tangkapan dan menahan empat orang individu termasuk seorang yang gelar Datuk yang dipercayai menyeleweng duit Felda.

Menurut laporan yang disiarkan, ke semua empat orang suspek itu telah menyalahgunakan kedudukan mereka dalam Felda bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Individu berusia antara 30 hingga 57 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM.

Mereka yang ditahan ialah bekas Pengarah Besar Felda, bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, pegawai projek penternakan terbabit dan Head of London Properties Felda.

Menurut sumber, satu mesyuarat diadakan pada Januari 2013 berhubung projek berkenaan sebelum Lembaga Pengarah meminta seorang daripada suspek menyediakan laporan terperinci mengenainya bagi dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Siasatan awal SPRM mendapati, projek berkenaan tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang manakala pembayaran mula dibuat kepada pihak Korea berkenaan seminggu selepas syarikat ditubuhkan.
"Suspek dipercayai sudah meluluskan pembayaran kira-kira AS$10 juta daripada dana Felda kepada syarikat Korea berkenaan tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah," kata sumber.
Bahkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi oleh pihak media semalam pun telah mengesahkan berita mengenai penahanan tersebut. Maknanya, betul la pihak Kerajaan ni ada buat kerja. Bukan diorang hanya setakat bercakap saja!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping