Ditengah - tengah konflik dan dilema PPBM yang bercanggah pendapat diantara Pengerusi dengan Presiden parti itu berhubung isu kerjasama dengan PAS, timbul pulak kenyataan dari Si Nik Abduh ni.
Ahli dan penyokong PAS diingatkan tentang usaha Tun Mahathir Mohamad ‘mencuci tangan’ di atas pelbagai ‘masalah dan penyakit’ yang dilakukannya sepanjang memerintah negara ini demi kepentingan peribadinya.
Menurut kata Nik Abduh, Tun Mahathir sedang berusaha meletakkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya ke atas bahu Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kepimpinan negara selepas zaman Mahathir selain dilihat lemah, ia juga tidak lebih selain terpaksa menanggung segala penyakit yang telah sedia tumbuh sejak zaman Mahathir lagi.
“Kita sedang melihat hari ini betapa Mahathir cuba `mencuci tangan’ dan `bersilat tari’ dengan meletakkan kesalahan terhadap segala masalah yang berlaku hari ini ke atas kepimpinan Abdullah dan Najib,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang kini menentang kerajaan menyebabkan politik kebencian, kemarahan dan fitnah semakin merebak.
Katanya, Tun Mahathir sebelum ini pernah menolak usaha PAS yang mengetengahkan penyelesaian Islam kerana padanya PAS adalah sampah dan penghalang wawasan yang dikejarnya.
“Beliau hanya menghormati PAS ketika PAS mempertahankannya pada ketika musuh luar negara cuba memeranginya. Beliau hanya menghormati PAS ketika dia mahu tunjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa dia juga memperjuangkan Islam dan bumi Palestin.
“Selebihnya, PAS diperangi Mahathir habis-habisan sehinggakan sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara dan rakyat Kelantan dan Terengganu menjadi mangsa kekejamannya melalui sekatan ekonomi dan kewangan yang dilakukannya,” katanya.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa PAS juga sudah muak dengan perangai yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir.
Tapi, tak salahkan Si Nik Abduh tu juga. Siapa yang gila nak menjalinkan kerjasama dengan orang yang kerjanya asyik memaki hamun orang lain je ye tak. Sedangkan kesalahan dan kesilapan diri sendiri tak nak pulak dia mengaku secara terbuka. Orang suruh mintak maaf pun dia tak nak!!!
Kesian Madey...nak tengok anak jdi pm kot..
BalasPadam