Sifat 'Dwi-Muka' yang dipamerkan pemimpin parti PPBM yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir sedikit sebanyak membuatkan PAS berasa terkilan untuk bekerjasama dengan parti itu.
Bahkan, pendirian yang sering berubah - ubah dari pucuk pimpinan parti itu secara tidak lansung menghantar mesej Negatif dan mengelirukan PAS serta ahli - ahli mereka diperingkat akar umbi.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila wujudnya percanggahan pendapat yang sangat ketara diantara Presiden PPBM dan Pengerusi parti itu yang dikeluarkan melalui laporan media sebelum ini.
Malah, PAS juga turut melahirkan rasa terkilan mereka terhadap sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang secara terbuka menyatakan kritikan yang boleh memburukkan parti.
Tindakan ini menimbulkan persoalan kepada Naib Presidennya, Iskandar Abdul Samad, sama ada parti PPBM itu benar - benar ikhlas mahu menjalinkan bekerjasama Politik atau tidak dengan PAS.
Keluhan yang dikeluarkan oleh Iskandar itu jelas merujuk kepada tindakan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir yang dilihat kerap melontarkan sindiran dan kritikan secara terang - terangan kepada PAS.
"Tapi kita lihat apa yang berlaku pada pelancaran (PPBM) bahawa Tun Mahathir seolah menghina PAS. Kita pun melihat apakah sebenarnya pendirian Bersatu (PPBM).
"Presidennya mengatakan bahawa hendak bekerjasama dengan PAS, tapi Pengerusinya pula mencerca PAS. Jadi bermakna ini menghantar satu mesej yang tidak baik kepada PAS," katanya kepada pemberita.
Apa yang jelas, pendirian pucuk pimpinan PPBM berhubung isu kerjasama dengan PAS semakin menjadi persoalan apabila mereka seringkali bercanggah pendapat diantara satu sama lain.
Dari satu sudut, pucuk pimpinan parti itu jelas tidak ikhlas mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS secara terbuka. Sebaliknya, mereka lebih cenderung untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini!!!
Pengerusi keling yob
BalasPadamMamak pedukang kome....
BalasPadam