Timbalan Presiden PAS tidak dapat mengelak dari berkongsi rasa 'seronok' apabila beberapa parti dikalangan pembangkang didakwa mula berbincang tentang pengagihan jawatan dalam kerajaan baharu.
Katanya, parti pembangkang kini mula dilihat sibuk membahagi - bahagikan jawatan sesama mereka sendiri sehingga tidak sedar keperluan untuk memelihara kepentingan pengundi di negara ini.
"Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti. Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan," sindirnya dalam kenyataan, semalam.
Malah Tuan Ibrahim juga turut menegaskan bahawa tanpa sedar, parti - parti pembangkang itu telah mengabaikan gerak kerja jentera parti untuk bersedia pada pilihan raya akan datang.
"Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri. Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latihan dan kursus tidak diadakan," katanya lagi.
Menurut kata Timbalan Presiden PAS itu lagi, pembangkang sepatutnya sedar yang mereka kini sedang berhadapan dengan kesukaran untuk memenangi hati pengundi menjelang PRU yang akan datang.
"Di waktu yang sama pelbagai "dedak" diumumkan oleh kerajaan untuk terus menggengam rakyat marhaim dan pengundi sasaran. Akhirnya, siapa yang akan dinobat oleh rakyat?" soalnya.
Cakap-cakap mengenai adanya pakatan sulit antara Bersatu dan DAP untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan timbalan perdana menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pada 31 Disember tahun lalu.
Mengikut pakatan sulit itu, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi menteri kewangan. Tunku Aziz telah mencabar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya.
Tanda tamak jawatan dn nak berkuasa utk kepentingan ideologi masing2.
BalasPadam