Rabu, Januari 18, 2017

Inilah masalahnya bila dikalangan puak PAS tu ada pemimpin yang otaknya persis seperti Kangkung Goreng Belacan. Tu pasal la Si Mahfuz Bean ni suka meroyan benda yang bukan - bukan macam orang hilang akal.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad tampil membidas Si Mahfuz Bean yang sebelum ini mengkritik tindakan parti ekoran tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian PPBM sabtu lalu.

Jelas Idris, PAS mempunyai program lain pada waktu yang sama dengan pelancaran parti baru berkenaan. Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu perlu mendapatkan penjelasan daripada parti terlebih dahulu sebelum melontarkan kritikan.
"Dia (Mahfuz) tahu tak sebab apa (kita tak hadir). Kita (masa itu) ada program sendiri. Tanya lah dulu, tak elok la panaskan keadaan," katanya kepada Antarapos, merujuk kepada Himpunan RUU 355 peringkat Wilayah Persekutuan, yang turut diadakan pada malam Sabtu lalu.
Sebagai rekod, PAS kini sedang giat mengadakan siri ceramah Road Show ke serata pelusuk Negara bagi menjelaskan isu berkaitan dengan cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentangkan di Parlimen sebelum ini.

Namun malangnya, Si Mahfuz Bean tu sebelum ini telah mengkritik partinya tanpa sebarang usul periksa kerana tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian PPBM sebagai tanda sokongan kepada parti baru itu.

Malah Si Mahfuz Bean tu mendakwa, tindakan PAS itu boleh memburukkan keadaan kerana dilihat seolah tidak mahu menjalin kerjasama bersama pembangkang lain seperti yang dimahukan rakyat.

Si Mahfuz Bean tu adalah satu - satunya pemimpin PAS Pusat yang hadir pada majlis berkenaan dan menjelaskan bahawa kehadirannya itu adalah atas kapasiti peribadi, bukannya mewakili parti secara rasmi.

Ketika ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap Mahfuz ekoran kelantangan mengkritik parti di samping kerap menghadiri majlis ajuran Pakatan Harapan (PH), Idris sambil berseloroh berkata parti tidak ambil pusing hal berkenaan. 
"Kita pun tak peduli masalah dia," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, ketidakhadiran PAS ke majlis PPBM itu kerana dua seterunya, Amanah dan DAP turut hadir pada majlis tersebut. 

Menurut Iskandar lagi, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM. 

Tambah Iskandar, pihaknya kecewa apabila pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu 'tidak hadir' tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi PPBM dan parti pembangkang keseluruhannya. 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mungkin parti sudah tahu dan yakin akan ada 'mangga sala' yang dipesan oleh Cap Bungah dan mangga berkenaan tidak akan menolak pesanan itu lalu menghadirkan diri dalam majlis Cap Bungah makanya tak perlu lah di hantar satu lori mangga sala bagi memenuhi pesanan berkenaan. Muahahaha.

    BalasPadam
  2. Mahfuz meroyan sakan sbb masa depannya dlm politik semakin gelap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping