Rabu, Januari 18, 2017

Sultan Johor bertitah baginda tidak berminat untuk berdebat atau terlibat dalam polemik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya telah katakan apa yang perlu dikatakan. Cukup cukuplah. Saya buat kenyataan berdasarkan fakta dan perangkaan, dan bukannya berdasarkan laporan berita Barat. Saya tidak akan buat andaian atau mencetuskan kebimbangan, itu sahaja," titah baginda.
Sultan Johor bertitah, baginda hanya berminat dalam soal nak menjaga kebajikan rakyat dan bukannya mahu memenuhi kehendak atau kepentingan politik peribadi pihak tertentu.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitiah ketika diminta mengulas mengenai reaksi Dr Mahathir berhubung kenyataan bekas perdana menteri berkenaan terhadap pembangunan Forest City di negeri itu.

Dr Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan dan komen di blog, dengan mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City, dan mereka akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, Sultan Ibrahim dalam temuramah eksklusif bersama The Star mendakwa Dr Mahathir mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya.

Sultan Johor bertitah, baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Baginda bertitah Dr Mahathir meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

Dr Mahathir dalam suratnya kepada The Star bagi memberi maklum balas sebagaimana yang dikeluarkan pada Selasa bahawa beliau memetik laporan Bloomberg mengenai butiran membabitkan Forest City, yang mana katanya ia masih belum dicabar atau dinafikan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping