Rabu, Januari 25, 2017

Kalau semalam, kecoh dilaman media sosial orang bercerita mengenai empat orang pegawai termasuk seorang yang bergelar Datuk telah ditahan oleh pihak SPRM kerana menyalahguna kedudukan mereka.

Maka timbul pulak persoalan dikalangan rakyat mengenai isu yang pernah dibangkitkan oleh Si Rafizi terhadap Rejim Pakatan Selangor tak berapa lama dulu berkaitan dengan 'Rasuah Betina' ni.

Soal mereka, apa yang dah jadi pada kes tersebut? Kenapa sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan yang diambil sedangkan laporan dan bukti berkaitan dakwaan itu telah diserahkan kepada SPRM?

Mungkin ada yang tertinggal 'Bas' kot. Maka sebab itu diorang bangkitkan semula isu berkaitan dengan 'Rasuah Betina' di Selangor tu. Pihak SPRM dah jawab dah sebelum ni, tiada kes yang didakwa berlaku.

Maka, timbul pulak lagi satu persoalan, kalau SPRM kata takde kes, kenapa Si Rafizi tu beria - ia mendakwa dengan menyatakan bahawa dia mempunyai bukti berlakunya kes 'Rasuah Betina' tu di Negeri Selangor?

ATAU, adakah Si Rafizi tu sekali lagi mengulangi kebiasaan dia menabur fitnah terhadap pihak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin sedangkan hakikatnya dia tidak mempunyai bukti yang kukuh?

Kebarangkalian Si Rafizi tu hanya menabur fitnah memang sudah menjadi kebiasaan dia. Selama hari ini pun, Si Rafizi tu memang hidup dia menabur fitnah je kerjanya walaupun dia tidak mempunyai bukti.

Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu pernah merencanakan agenda Langkah Kajang dan cuba nak menggulingkan Khalid Ibrahim melalui tuduhan fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor tu secara terbuka.

Maka kali ini, perkara yang sama juga diulangi oleh Si Rafizi tu. Kemungkinan besar dia cuba nak membuka kemaluan Si Azmin dengan mendedahkan kononnya ada wujud kes 'Rasuah Betina' tu di Selangor.

Hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu sendiri membuktikan bahawa dia bukan seorang yang layak untuk digelarkan sebagai pemimpin. Apatah lagi dia nak menjadi seorang wakil rakyat.

Cuba bayangkan. Sedangkan sesama dia sendiri dalam satu parti pun tergamak Si Rafizi tu buat tuduhan dan menabur fitnah jijik sedemikian rupa. Inikan pulak dengan orang luar yang dianggap sebagai musuh. Lagi la dia berani.

Cuma yang menjadi persoalannya, kenapa Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu tak nak ambik tindakan? Sekiranya tuduhan yang dibuat oleh Si Rafizi tu adalah tidak benar, BACUL sangat ke Si Azmin tu nak ambik tindakan? Takkan dengan Rafizi pun Azmin boleh kecut buah kerandut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping