Rabu, Februari 01, 2017

PAS hari ini mendakwa DAPigs dan PKR tidak memberi tumpuan terhadap keperluan pembangunan rohani umat Islam di Pulau Pinang. Sebaliknya mereka hanya menekankan aspek kebendaan bagi memancing undi.

Perkara itu telah dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof yang turut menyatakan bahawa dasar kedua - dua parti yang memerintah negeri itu tidak akan dapat melahirkan rakyat bertamadun.
“Usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR untuk membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang didapati masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan aspek pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah.
“Pembelaan Melayu dan Islam yang hanya difokuskan kepada aspek material ini sama seperti kaedah yang digunakan oleh BN, bersifat jangka pendek untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa, namun tidak akan dapat melahirkan rakyat dan negeri yang bertamadun,” katanya di Markaz Tarbiah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.
Fauzi turut mendakwa badan pemikir milik kerajaan negeri, Institut Pulau Pinang mempromosikan “Islam liberal” yang bercanggah dengan Sunnah Wal Jamaah, dan ini dapat dilihat menerusi penulisan Pengarah Eksekutifnya Zairil Khir Johari.
“Beliau didapati memperkecilkan institusi mufti dan jawatankuasa fatwa negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau, walaupun dipanggil beberapa kali oleh mufti,” katanya.
Dalam reaksinya, Zairil Christopher Lim, yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Bendera itu tampil mempertahankan pandangannya, dan berkata ia sebahagian daripada perbicangan dan perdebaatan.

Zairil berkata beliau tidak dapat hadir pada sesi penjelasan jawatankuasa itu kerana terpaksa menghadiri isu berkaitan dengan pengusiran penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi.

Dalam pada masa yang sama, Fauzi turut melahirkan rasa bimbang apabila akhbar rasmi Rejim DAPigs Pulau Pinang, Buletin Mutiara menyebarkan “Islam liberal” ketika pihak berkuasa agama berusaha membendungnya.

Apa yang jelas, tindakan Rejim DAPigs Pulau Pinang dan rakan kongsi mereka PKR tidak memberikan keutamaan kepada pembangunan insan. Sebaliknya hanya memancing undi dari rakyat dengan kebendaan semata - mata!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping