Rabu, Februari 01, 2017

Akhirnya, PAS membuat pengakuan secara terbuka dengan menyatakan bahawa parti itu sukar untuk mengekalkan kuasa mereka di Selangor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jika sebelum ini, Menteri Besar Selangor menyelar tindakan PAS yang enggan berganjak dari pendirian mereka untuk tidak menyertai Pakatan dan menggelarkan parti itu sebagai parti Kuku Besi.

Kenyataan itu dibuat secara terbuka selepas Presiden PAS menegaskan bahawa partinya hanya akan bekerjasama dengan mana - mana pihak sekiranya mereka boleh mengikut perencanaan PAS.

Kali ini, pemimpin PAS Selangor sendiri membuat pengakuan bahawa mereka agak sukar untuk kekal berkuasa dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor. Namun dia percaya, PAS mempunyai strategi mereka sendiri.
"Melihatkan senario politik di Selangor sekarang, ia berada dalam keadaan tidak menentu, saya akui agak sukar untuk PAS mengekalkan kedudukannya di negeri ini.
"Bagaimanapun sebarang kemungkinan boleh berlaku memandangkan suasana politik sentiasa berubah dari masa ke semasa," ujarnya dipetik sebuah akhbar.
Wakil Exco PAS dalam Rejim Pakatan Selangor itu berkata demikian ketika mengulas sasaran kemenangan 40 kerusi Parlimen seperti yang telah dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Yunus yang juga ADUN Sijangkang berkata, PAS terus berpegang kepada prinsip asal untuk menentang Umno Barisan Nasional (BN) dan berminat untuk menjayakan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Sejarah kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan bahawa pertembungan lebih dua penjuru tidak menguntungkan," katanya.
Kenyataan itu jelas memberikan gambaran bahawa isu mengenai pembahagian kerusi dikalangan parti pembangkang di Malaysia ini masih belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Apa yang pasti, ramai pemerhati Politik melihat kedudukan PAS tidak akan tergugat walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan. Namun, ianya akan menjadi laluan sukar kepada Pakatan untuk merampas kuasa di Putrajaya tanpa sokongan dari PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping